• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stevie Chan Cabar Anwar Jawab Lima Soalan

oleh
02/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong hari ini mengemukakan lima soalan untuk dijawab oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keperluan mendesak untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson.

Personaliti media sosial itu berkata persoalan tersebut adalah penting kerana beliau dan masyarakat ingin tahu mengapa keputusan PRK itu dibuat memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru sahaja diadakan 9 Mei lalu.

PRK itu diadakan berikutan penyandang kerusi itu dari PKR, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu pada 12 Sept lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Lima persoalan yang ditujukan kepada Anwar adalah seperti berikut:

Mengapa tidak bertanding di kerusi Parlimen Pandan yang disandang oleh isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail atau kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diduduki oleh anaknya, Nurul Izzah ?

Mengapa ingin masuk semula ke Parlimen melalui PRK?

Mengapa memilih ‘Langkah PD’ ?

Adakah boleh menerima wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa alasan kukuh?

Adakah kekal bertanding di Parlimen Port Dickson pada pilihan raya seterusnya sekiranya menang kali ini ?

Chan berkata Anwar, yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR baru-baru ini, boleh menjawab persoalan tersebut secara terbuka di media atau bersedia berdebat dengannya.

Selain Chan dan Anwar sebagai calon Pakatan Harapan (PH), pertandingan tujuh penjuru itu pada 13 Okt ini turut melibatkan calon PAS, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazri Mokhtar.

Selain calon Bebas – bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yen dan Kan Chee Yuen. – BERNAMA

Tags: PRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd