• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Perlindungan Kesihatan B40 Bukan Insurans

oleh
31/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan skim perlindungan kesihatan untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) nasional bukanlah berbentuk insurans kesihatan.

Sebaliknya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata skim itu bakal dibiaya kerajaan untuk golongan miskin dan dilaksanakan oleh KKM sendiri.

“Oleh itu, tiada sebarang syarikat insurans swasta yang akan dilantik untuk menguruskan skim tersebut. Skim seumpama Skim Peduli Sihat (di Selangor) ini akan dilaksanakan secara berfasa mengikut kemampuan kewangan kerajaan dan situasi ekonomi negara,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu status pelaksanaan ‘insurans kesihatan’ untuk golongan B40.

Dzulkefly berkata pelaksanaan skim itu juga tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan sedia ada oleh KKM di mana perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital kerajaan akan terus dinikmati oleh rakyat seperti biasa.

Malah bayaran RM1 bagi mendapatkan rawatan pesakit luar dan RM5 untuk konsultasi pakar akan diteruskan seperti biasa manakala pemberian subsidi ubat-ubatan dan perkhidmatan sedia ada juga dikekalkan.

Menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkaitan Insurans Kesihatan Sosial (SHI) pula, Dzulkefly berkata kerajaan komited memperkukuhkan sistem penyampaian penjagaan kesihatan, antaranya dengan mengkaji model skim penjagaan kesihatan ke arah mewujudkan skim pembiayaan kesihatan nasional, seperti yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK-11).

“Skim penjagaan kesihatan memerlukan perancangan yang amat teliti termasuk penilaian tahap pendapatan rakyat dan impak sosio ekonomi dan ‘engagement’ dengan pelbagai pemegang taruh. SHI berbeza daripada Insurans Kesihatan Sukarela (VHI).

“Perbezaan yang paling utama adalah penyertaan rakyat dalam SHI adalah secara mandatori, manakala VHI adalah bersifat sukarela mengikut segmen-segmen kumpulan sasaran tententu. Rakyat perlu memahami dan menerima konsep SHI ini sebelum ia dapat dipertimbangkan dengan rasional,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN, PAS Bekerjasama Dalam PRU Ke-15

Next Post

Tunda Serah LCS 1 Maharaja Lela Kepada TLDM

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

08/07/2019
0

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Menteri Kesihatan,...

Next Post

Tunda Serah LCS 1 Maharaja Lela Kepada TLDM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd