• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SJKT Boleh Mohon Cuti Tambahan Sempena Deepavali

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diminta membenarkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti bagi sekolah yang memohon bersempena sambutan Hari Deepavali tahun ini.

Menurut Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini, kelulusan bagi sekolah-sekolah yang memohon cuti berkenaan akan diberikan Pengarah Pendidikan negeri masing-masing.

Bagi SJKT yang berada dalam negeri di kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) yang mana cutinya ditetapkan bermula 4 hingga 6 November, sekolah berkenaan boleh memohon cuti peristiwa pada 7 dan 8 November.

Sekiranya jumlah cuti peristiwa sekolah berkenaan telah habis digunakan dan masih berkehendakkan cuti tambahan, pihak sekolah berkenaan boleh memohon untuk mendapatkan cuti berganti.

Bagi SJKT yang berada dalam negeri di kumpualn B (selain daripada negeri dalam kumpulan A), yang mana cutinya ditetapkan bermula 5 hingga 7 November, maka SJKT yang berada dalam negeri ini boleh memohon cuti peristiwa pada 8 dan 9 November.

Sekolah berkenaan juga boleh memohon mendapatkan cuti berganti jika jumlah cuti peristiwa sekolah telah habis digunakan dan memerlukan cuti tambahan, kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, hari penggantian perlu diadakan pada Oktober dan JPN juga diminta mengatur semula peperiksaan akhir tahun sekolah jika melibatkan tarikh-tarikh berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pendidikan juga bersetuju mana-mana guru kaum India yang mengajar di sekolah selain SJKT juga boleh memohon Cuti Rehat Khas (CRK) melalui pihak pentadbir sekolah masing-masing pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Bagi murid-murid kaum India yang belajar di sekolah selain SJKT, mereka juga boleh diberi pelepasan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Menurut kenyataan itu, Bahagian Sekolah Harian Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat pemakluman mengenai perkara ini kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri pada 1 Oktober lepas. – BERNAMA

Tags: Cuti DeepavaliSJKT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

10/06/2023
0

Shah Alam : Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta, bagi tujuan membiayai kerja-kerja membaikpulih...

Pengenalan Tulisan Khat Di SJKC, SJKT Diteruskan

08/08/2019
0

PUTRAJAYA - Jemaah menteri memutuskan supaya pengenalan tulisan khat diteruskan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd