• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Amaran Awal Tsunami Negara Mencukupi

oleh Ahmad Albab
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem amaran awal tsunami menerusi penggunaan tolok pasang surut, kamera pantai dan sistem siren yang dipasang di seluruh negara mencukupi bagi memberi maklumat awal kepada rakyat negara ini, sekiranya berlaku sebarang bencana tsunami.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis berkata terdapat 77 seismometer, 53 siren, 17 tolok pasang surut dan 15 kamera pantai di seluruh negara.

“Ramalan cuaca di Malaysia sebenarnya agak susah diramalkan kerana kita berada di kawasan tropika yang mana pergerakan cuaca kita pendek dan sentiasa bergerak.

“Setakat ini stesen ramalan cuaca dan sistem amaran tsunami kita mencukupi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Jugah Muyang@Tambat (PH-Lubok Antu) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menambah sistem amaran tsunami di negara ini, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan asal Jugah mengenai pertimbangan kerajaan untuk menggantikan alat boya tsunami yang hilang di perairan Laut China Selatan, Isnaraissah Munirah berkata kerajaan telah mengambil alternatif lain dengan memasang alat tolok pasang surut di Pulau Layang-Layang, Sabah yang mempunyai fungsi sama seperti alat boya tsunami.

“Tolok pasang surut memberi data setiap minit dan memberi fungsi yang berkesan dan sama fungsi dengan pelampung tsunami,” katanya. – BERNAMA

Tags: bencanaSiren Tsunami
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MP Perlis Tidak Kelihatan Di Bukit Aman

Next Post

MSN Kelantan Distruktur Semula Tahun Depan

Related Posts

Ais Mencair, Dunia Berdepan Bencana ‘Dahsyat’

Ais Mencair, Dunia Berdepan Bencana ‘Dahsyat’

26/11/2023
0

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk global bakal berdepan bencana ‘dahsyat’ akibat daripada lapisan ais yang mencair di...

Belanjawan 2023: RM220 Juta Untuk Persiapan Menghadapi Bencana

Belanjawan 2023: RM220 Juta Untuk Persiapan Menghadapi Bencana

24/02/2023
0

PETALING JAYA: Belanjawan 2023 memperuntukkan RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memenuhi keperluan aset, sistem amaran dan...

Next Post

MSN Kelantan Distruktur Semula Tahun Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd