• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sheira Tak Mahu Anak Guna Namanya Sebagai Jalan Mudah Masuk Industri

oleh Ahmad Albab
07/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan penyampai radio Suria FM, Shiera mengakui tidak mengalakkan anak-anak mengunakan namanya sebagai jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan termasuk berada dalam industri seni.

Malah, Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 44, berkata, adiknya Sharifah Sakinah juga menceburkan diri dalam dunia lakonan atas usaha sendiri tanpa bantuannya.

“Saya tidak galakkan mereka gunakan jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu. Baru-baru ini juga anak sulung saya Allisya mahu praktikal di stesen radio Suria Fm tapi saya tidak benarkan dan saya mahu dia cari di tempat lain.

“Begitu juga Sharifah Sakinah, dia tidak pernah pakai nama saya untuk berada dalam industri, dia berada pada tahap sekarang atas usahanya sendiri,” ujarnya kepada mStar Online.

Sheira akan muncul dalam program Oh My Family!

Sheira ditemui pada pelancaran program Oh My Family! baru-baru ini.

Program yang bakal bersiaran pada 10 Oktober itu turut dibintangi oleh empat keluarga selebriti lain iaitu Nabil Ahmad, Black Hanifah, Shuib dan pelakon Indonesia Ussy Sulistiawaty.

Tambahnya, buat masa ini anak-anaknya masih belum menunjukkan minat untuk berada di hadapan kamera.

“Mereka masih malu bila di hadapan kamera tapi bila di belakang banyak sahaja cakap. Kalau ada penggambaran untuk iklan pun tidak mahu buat banyak kali.

“Saya pula bukan seorang yang rajin untuk mengajar mereka, biarlah mereka bekerja bila mereka tahu itu satu tanggungjawab,” ujarnya.

Sheira berkahwin dengan Zulkfili Azahari atau Ijoy, 44, dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Audrra, 9 dan Adeena, 3 tahun.

Manakala, Allisya, 20, adalah hasil perkahwinan pertamanya dengan Jatt yang juga vokalis kumpulan Black Dog Bone. – mStar Online

Tags: pelakonSHARIFAH SHAHIRAH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd