• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrul Tekad Bawa Pulang Piala Malaysia Ke Ipoh

oleh
26/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemain pertahanan Perak, Shahrul Mohd Saad bertekad membawa pulang Piala Malaysia ke bumi kelahirannya selepas kali terakhir trofi pertandingan bola sepak tertua di Malaysia itu singgah di Ipoh ialah pada 2000.

Menurut Shahrul yang akan memakai lilitan kapten selepas ketiadaan Mohd Nasir Basharuddin akibat kecederaan, hanya kemenangan yang dapat mengubat kekecewaan peminat setia ‘The Bos Gaurus’ selepas ramai yang hampa gagal untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir itu yang akan berlangsung di Stadium Shah, Selangor, esok.

“Kami dalam pasukan Perak amat bersimpati dengan penyokong yang tidak dapat untuk membeli tiket. Sebelum berlepas ke Shah Alam pagi tadi, saya lihat masih ramai lagi penyokong yang masih menunggu di kaunter tiket Stadium Perak bagi mendapatkan tiket, namun semuanya telah habis dijual.

Saya harap dengan membawa pulang trofi kemenangan sahaja mampu mengubati sedikit sebanyak kekecewaan penyokong yang tidak dapat menyaksikan perlawanan ini di stadium,” katanya pada dalam sidang media praperlawanan di Stadium Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, penyerang handalan Terengganu FC, Kipre Tchetche tidak mahu terlalu memikirkan kejayaan peribadi untuk menjadi penjaring terbanyak tetapi lebih menumpukan kepada kejayaan pasukannya pada final esok.

“Saya tidak terlalu memikirkannya (penjaring terbanyak). Apa yang penting ialah kemenangan pasukan dan semua pemain boleh menjaringkan gol.

Saya berjuang untuk pasukan dan kemenangan TFC lebih utama daripada anugerah itu, saya pasti hanya gelaran juara Piala Malaysia akan memberi kegembiraan kepada penyokong skuad penyu,” katanya.

Bagaimanapun untuk memenangi anugerah penjaring terbanyak itu, Kipre menghadapi saingan sengit rakan sepasukan Lee Andrew Tuck dan penyerang Perak Gilmar da Silva yang juga menjaringkan tujuh gol dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Perak mara ke final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah dengan agregat 7-2 sementara Terengganu FC menang dengan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan separuh akhir.

Untuk rekod, Perak menjadi Juara Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Terengganu FC (yang dikenali sebagai Terengganu dalam 2001) menjulang Piala Malaysia pada tahun 2001 selepas menewaskan Perak 2-1 dalam final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. – BERNAMA

Tags: Final Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guna Pengadil Luar Negara Untuk Final

05/11/2019
0

JITRA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) didesak supaya mempertimbangkan permintaan banyak pasukan yang...

Perak Akhiri Kemarau 18 Tahun

28/10/2018
0

SHAH ALAM - Perak menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia dan menambah gelaran kelapan apabila menewaskan Terengganu (TFC) 4-1...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd