• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Individu Berisiko Buta Setiap Minggu

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sekurang-kurangnya seorang individu di negeri ini berisiko mengalami kebutaan setiap minggu yang berpunca daripada penyakit mata seperti Retinopati diabetes (penyakit mata diabetes) , Glaukoma (gangguan mata disebabkan tekanan intraokular tinggi ) dan Katarak.

Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Dr Francesa Martina Vendargon berkata rata-rata risiko buta sering menyerang individu berusia 40 tahun dan ke atas.

“Setiap bulan kita menerima lebih 4,500 pesakit iaitu kira-kira 300 pesakit setiap hari yang berhadapan dengan risiko buta sama ada berpunca daripada penyakit mata utama seperti Retinopati diabetes, Glaukoma dan Katarak.

“Kita mahu masyarakat ambil peduli terutama yang berumur 40 tahun ke atas untuk melakukan pemeriksaan mata sekurang-kurang sekali bagi memastikan pesakit dapat menerima rawatan susulan dan bertindak dengan segera sekiranya merasakan penglihatan semakin buruk,” katanya kepada pemberita sempena Sambutan Hari Penglihatan Sedunia di sini, hari ini.

Dr Vendargon berkata berdasarkan National Eye Survey (NESII) pada tahun 2015, selatan negara iaitu Johor dan Melaka mencatatkan sebanyak 59 peratus individu buta berpunca daripada katarak, manakala 4.5 peratus Retinopati diabetes dan 18.2 peratus Glaukoma.

“Pengambilan sebarang ubat mengandungi steroid dan juga steroid yang terkandung dalam inhaler pesakit asma, genetik, kecederaan dan diabetes merupakan antara faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit mata seterusnya membawa kepada risiko buta.

“Oleh sebab itu, mereka perlu datang ke hospital dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan,” kata beliau.

Mengenai sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2018 yang akan diadakan di Persada Johor pada 11 Okt ini, beliau menjangkakan seramai 600 pengunjung.

Menurutnya, pemeriksaan mata percuma akan turut ditawarkan kepada orang ramai termasuk pemeriksaan tahap penglihatan, saringan penyakit mata diabetik dan glaukoma menggunakan alatan mesin terkini selain perkhidmatan rundingan konsultasi. – BERNAMA

Tags: buta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sharifah Faraha, Abdul Azim Didakwa Kes Senjata Api Berkait Warga Israel

Anggota Maritim Malaysia Cedera Berbalas Tembakan, Buta Mata Kiri

08/04/2024
1

TAWAU - Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang cedera di bahagian mata dalam insiden berbalas tembakan di perairan...

26 Buta Lepas Buang Katarak Percuma

02/12/2021
0

New Delhi : Seramai 26 penduduk kampung buta selepas menjalani pembedahan membuang katarak di kem kesihatan percuma anjuran sebuah hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd