• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘5 Tahun Bergelut’, Pandelela Gembira Tamat Belajar Di UM

oleh Cj Mnh
20/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua atlet negara bakal menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya (UM) pada Selasa.

Atlet terjun Pandelela Rinong Anak Pamg, 25, dan atlet hoki Mohammad Fitri Saari, 25, akan menerima ijazah mereka sempena Istiadat Konvokesyen UM kali ke-58 yang bermula pada 20 hingga 24 Oktober ini.

Pandelela berasa gembira dan bersyukur apabila dia akhirnya berjaya menamatkan pengajian selepas lebih lima tahun bergelut di antara bidang akademik dengan sukan.

“Saya amat bersyukur kerana mendapat sokongan yang padu daripada semua pihak khususnya tenaga pengajar (pensyarah dan jurulatih) dan rakan-rakan sekuliah yang banyak membantu saya dalam setiap subjek yang dipelajari.

“Selain bergelut dengan tugasan dan kelas, dalam masa yang sama membuat persiapan bagi menyertai pertandingan terjun di pelbagai peringkat menyebabkan saya perlu bijak membahagikan masa,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas kedua-dua atlet itu mengambil jubah konvokesyen masing-masing, Jumaat.

Pandelela merupakan pemenang pingat perak di Sukan Olimpik 2016, Rio de Jeneiro, Brazil.

Untuk rekod, Pandelela memulakan pengajian di UM pada September 2012.

Sementara itu, Mohammad Fitri pula berasa terkilan kerana tidak dapat beraksi dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Oman yang bermula Khamis kerana memilih untuk menghadiri majlis konvokesyennya.

Atlet hoki itu bagaimanapun menyifatkan pilihan itu adalah tepat kerana ia merupakan satu lagi pencapaian dirinya dalam bidang akademik.

“Saya mahu meraikan pengorbanan diri saya, keluarga dan rakan-rakan serta tenaga pengajar (pensyarah dan jurulatih) yang banyak berkorban untuk saya mengenggam segulung ijazah,” katanya.

Buat masa ini, Mohammad Fitri mahu memberi tumpuan kepada perlawanan hoki untuk melayakkan pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik di Tokyo 2020.

Mengulas tentang perancangannya selepas menamatkan pengajian, beliau bercadang untuk memohon pekerjaan di Majlis Sukan Negara (MSN) atau Institut Sukan Negara (ISN).

Selain Pandelela dan Mohammad Fitri, dua lagi atlet yang bakal menerima ijazah masing-masing ialah Ryan Chong Wy Lunn (taekwondo) dan Nurul Atiqah Zaifulizan (futsal). – Mstar

Tags: ijazahPandalela
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2,979 Graduan UTeM Terima Ijazah

30/11/2021
0

DURIAN TUNGGAL : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membawa kelainan pada pesta konvokesyennya kali ini dengan konsep TUAH Virtual Convo...

UM Ada Hak Tahan, Tarik Ijazah Penuntut Langgar Peraturan

17/10/2019
0

KAJANG - Universiti Malaya (UM) berhak mengambil tindakan yang sesuai termasuk menahan atau menarik balik ijazah graduan yang menunjukkan tanda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd