• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sel Kanser Merebak Ke Tulang Belakang Elyana

oleh Cj Mnh
24/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Elyana, memaklumkan sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian tulang belakang hingga menyebabkannya sukar berjalan.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 30, turut mendedahkan dirinya berisiko lumpuh andai tidak membuang sel yang bersarang pada bahagian berkenaan.

“Hari ini (semalam) saya sepatutnya berjumpa doktor. ‘Limfa Node’ ini sudah berada di tulang belakang, tapi saya pun tak perasaan. Jadi kena buat CT scan untuk pengesahan.

“Sebenarnya doktor pun ada tanya, apakah saya berjumpa pakar berkenaan (penyakit) kanser saya atau tidak? Sudah lama pun saya tak jumpa, rindu juga pada dia,” katanya.

Elyana menerusi muat naik beberapa pautan video di Insta Story di Instagram peribadinya, semalam, berkongsi situasi dilaluinya ketika ini dengan 736,000 pengikut.

Walaupun menahan kesakitan, dia tetap tampak positif, malah dalam perkongsian berkenaan dia sempat berseloroh dan berjenaka.

Dalam video lain, ibu kepada seorang cahaya mata berusia lapan tahun itu turut menunjukkan sebatang tongkat yang dihadiahkan kenalannya.

“Bukan Ali saja ada tongkat. Nana (Elyana) pun ada tongkat, Tongkat Nana. Ini hadiah daripada Bee, kawan saya. Senang ada tongkat ini yang banyak membantu saya berjalan,” katanya yang berkongsi keadaan dirinya itu dari katil hospital.

Selepas mengalami kesakitan pada bahagian belakang, akui Elyana, pergerakannya memang terbatas dan menyakitkan.

Menurut ahli keluarga terdekat, Elyana dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya, Selangor, sejak kelmarin berikutan keadaan kesihatannya yang menurun.

“Kami dimaklumkan sel menyerang bahagian atas pinggulnya, iaitu hujung saraf tunjang. Keadaan itu yang membuatkan dia mengalami kesakitan pada bahagian berkenaan.

“Buat masa ini, kami masih menunggu laporan daripada hasil CT scan. Apa pun, doktor menyarankan dia menjalani radioterapi bagi membunuh sel itu dengan segera.

“Memang kalau tidak dibuat segera, dia takkan dapat berjalan. Mungkin proses berkenaan akan dilakukan sama ada petang atau malam ini,” katanya yang enggan dikenali. – BH Online

Tags: ElyanaSel Kanser
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elyana Ditemukan Kurus Kerana Tak Cukup Makan Sepanjang Enam Hari Dilarikan

Elyana Ditemukan Kurus Kerana Tak Cukup Makan Sepanjang Enam Hari Dilarikan

20/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Remaja Austisme yang hilang selepas keluar dari rumah keluarga di Bandar Putra, Kulai, sejak Sabtu lalu, ditemui...

Menyesal Cerita Sakit Saya Dekat Orang – Elyana

05/04/2018
0

KEPADA mereka yang tidak mengetahui tentang kondisi kesihatan Elyana, pasti akan anggap dia sihat walafiat tanpa sebarang penyakit jika dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd