• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampah Rumah Kami, Rezeki Kami

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Tondo, kawasan setinggan terbesar Manila dibina di kawasan pembuangan sampah dengan kanak-kanak mencari sisa makanan sebelum membersihkannya dan memasaknya kembali untuk dimakan.

Menurut laman web Save The Children, ada kira-kira 200,000 kanak-kanak di kawasan setinggan itu yang keluarga mereka mencari nafkah mengumpul barangan kitar semula dalam longgokan sampah.

Sebahagian besar daripada kanak-kanak itu tidak pernah berada dalam bilik darjah dan bagi yang ke sekolah, terpaksa berjalan kaki ayam merentasi laluan berlumpur bercampur najis haiwan dan manusia, malah mungkin tertusuk pecahan kaca.

Kanak-kanak yang dilahirkan di kawasan itu tidak pernah menghirup udara segar, hanya bau sampah yang sudah sebati dan bagi yang tidak berpeluang ke sekolah, menyertai ibu bapa mencari barangan dalam sampah untuk dijual.

Menurut laporan AlJazeera, dua kali seminggu lori berwarna-warni memasuki kawasan itu dan dua hari berkenaan menjadi antara hari paling bahagia kepada kanak-kanak terbabit kerana akan mendapat makanan segar.

Kanak-kanak semuda tiga tahun mengerumuni sukarelawan pertubuhan sukarela Bahay Tuluyan yang memberi makanan percuma kepada penduduk setinggan dan kawasan miskin.

Ramai daripada mereka termasuk dalam golongan 33 peratus kanak-kanak Filipina yang kekurangan zat serta terbantut pembesaran.

“Masalah kekurangan zat amat serius. Ramai mengalaminya,” kata Timbalan Pengarah Bahay Tuluyan, Catherine Scerri.

Ekonomi Filipina berkembang hampir tujuh peratus tahun lalu, manakala masalah kekurangan zat dan terbantut pembesaran menyebabkan kerajaan menanggung kos AS$6 bilion (RM25 bilion) setahun (3.0 peratus daripada KDNK), namun tumpuan kerajaan ke arah lain.

Presiden Rodrigo Duterte mengalihkan tumpuannya memerangi dadah di kawasan miskin Manila, kempen yang menurut pertubuhan hak asasi antarabangsa menyebabkan 12,000 terbunuh.

Penduduk di kawasan miskin menjadi sasaran, termasuk Tondo dan bunyi enjin motosikal menyebabkan kanak-kanak bertempiaran, bimbang polis datang untuk menahan atau membunuh seseorang yang mereka kenal.

Bahay Tuluyan berusaha membantu kanak-kanak jalanan yang semakin ramai, termasuk mereka yang menjadi anak yatim akibat kempen memerangi dadah.

Ia menyediakan perlindungan kepada remaja gelandangan, makanan di kawasan miskin, tempat mandian di kemudahannya serta sokongan lain.

Pengarah Eksekutif Global Alliance for Improved Nutrition di Geneva, Lawrence Haddad berkata, kerajaan Filipina perlu memberi tumpuan kepada masalah kekurangan zat kanak-kanak itu.

“Kerajaan Duterte mempunyai kepentingannya sendiri dan masalah nutrisi bukan keutamaan mereka,” katanya.

Kerajaan Duterte lebih berminat menarik pelabur asing yang membina bandar moden seperti Bonifacio Global City di Manila yang bebas asap, menempatkan universiti, hospital, jalan raya mesra pejalan kaki dan kawasan hijau yang luas

Bagi suku pertama 2018, Filipina mencatatkan AS$2.2 bilion (RM9.1 bilion) pelaburan asing, meningkat 43.5 peratus berbanding suku pertama 2017.

Namun, tidak jauh dari bangunan pencakar langit yang moden itu, kanak-kanak berkaki ayam merayau di jalanan, menjual gula-gula dan cenderahati murah dengan harapan mendapat beberapa peso untuk makan malam. – Agensi/myMetro Online

Tags: ManilaSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raja Salman, Erdogan Bincang Kes Wartawan Hilang

Next Post

Guru Besar Ditetak Hingga Mati Di Depan 20 Orang Pelajar

Related Posts

3 Warga Malaysia Ditahan Di Filipina Diterbangkan Ke Manila Esok

3 Warga Malaysia Ditahan Di Filipina Diterbangkan Ke Manila Esok

05/09/2024
0

Kota Kinabalu : Seramai 11 individu termasuk tiga warganegara Malaysia yang ditahan selepas disyaki memasuki perairan Filipina secara haram pada...

Kedutaan Besar Malaysia Di Manila Bantu Rakyat Terkandas

14/02/2022
0

PUTRAJAYA - Kedutaan Besar Malaysia di Manila berada di lapangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Next Post

Guru Besar Ditetak Hingga Mati Di Depan 20 Orang Pelajar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd