• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Laku Seksual: JK Khas Lengkapkan Maklumat Siasatan Awal

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Siasatan Khas bagi melengkapkan maklumat siasatan awal oleh badan siasatan bebas berhubung dakwaan salah laku seksual oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital kerajaan di Lembah Klang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata jawatankuasa itu ditubuhkan pada 24 Sept lepas susulan daripada laporan yang dikeluarkan oleh badan siasatan bebas itu pada 18 Sept.

Katanya langkah itu bagi membolehkan pertimbangan dibuat berhubung tindakan tatatertib yang wajar diambil ke atas ketua jabatan berkenaan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Jawatankuasa Siasatan Khas ini diberikan tempoh selama sebulan bagi melengkapkan siasatan sebelum laporan lengkap dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dzulkefly, badan siasatan bebas yang ditubuhkan sebelum ini bertujuan untuk mengesahkan dakwaan salah laku seksual ke atas doktor pelatih seperti yang dilaporkan, selain untuk mengenal pasti tahap keseriusan laporan tersebut.

Menurut laporan akhbar 29 Julai itu, kes berkenaan melibatkan gangguan seksual dan buli beberapa kali oleh seorang ketua jabatan ortopedik di hospital berkenaaan terhadap pegawai di bawah seliaannya. – BERNAMA

Tags: salah laku seksualsiasatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AGC Arah Polis Segera Lengkapkan Siasatan Kematian Pemandu Lori Dalam Tahanan

AGC Arah Polis Segera Lengkapkan Siasatan Kematian Pemandu Lori Dalam Tahanan

06/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera...

Kes Zara Qairina: ‘Siasatan Telus, Tiada Sesiapa Dilindungi’ – Anwar

Kes Zara Qairina: ‘Siasatan Telus, Tiada Sesiapa Dilindungi’ – Anwar

09/08/2025
0

KOTA BHARU: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan terhadap kes Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus tanpa ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd