• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

S/U Koperasi Didakwa Terima Wang Pelaburan Emas Tanpa Lesen

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang setiausaha sebuah koperasi didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas tuduhan menerima lebih RM100,000 daripada bapa saudaranya berhubung pelaburan emas tanpa lesen, empat tahun lepas.

Nur Nazuhaili Harun, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Tertuduh didakwa telah menerima deposit berjumlah RM117,000, daripada Mohd Yusoff Ayob, 66, seorang pesara tanpa suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 di Kondominium City Garden Palm Villa, Taman Cempaka, di sini pada 14 Ogos 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 137(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ng Wee Li menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan memohon tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis.

Nur Nazuhaili yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia mahu menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah dan membayar semula wang bapa saudaranya itu.

Hakim Azrul membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis Ampang Jaya setiap bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 12 Nov untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: dakwapelaburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Kelar Isteri Didakwa Di Mahkamah Balik Pulau Esok

Guru Kelar Isteri Didakwa Di Mahkamah Balik Pulau Esok

03/09/2025
0

Balik Pulau: Guru lelaki yang bertindak mengelar isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara dekat...

Video Tular Puja Jin, Tiga Individu Didakwa Hari Ini

Video Tular Puja Jin, Tiga Individu Didakwa Hari Ini

30/08/2025
0

Johor Bahru: Tiga individu akan didakwa hari ini, susulan video disyaki seolah memuja jin dan ajaran sesat di Parit Raja,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd