• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Mampu Milik RM80,000 Di Bandar Tidak Mustahil

oleh Cj Mnh
20/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Rumah mampu milik berharga dalam lingkungan RM70,000 hingga RM80,000 di kawasan bandar mampu dibina menerusi konsep subsidi silang, demikian menurut Tokoh Hartanah Bumiputera, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

Beliau yang juga Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY menegaskan, walaupun kedengaran tidak masuk akal, cadangan itu boleh dipertimbangkan oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju lain kerana ia mampu dilaksanakan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai konsep berkenaan, Mustapha berkata pemaju boleh membangunkan sebuah projek yang merangkumi pembinaan beberapa jenis rumah dan juga lot kedai.

“Katakan dalam satu projek pembangunan bercampur, 10 peratus daripada pembinaan rumah dikhaskan untuk rumah mampu milik berharga sekurang-kurangnya RM70,000 dengan keluasan 600 kaki persegi (atau lebih luas), dilengkapi dengan tiga bilik dan dua bilik air.

“Manakala 40 peratus lagi masing-masing dikhaskan untuk pembinaan rumah dalam lingkungan RM300,000 dan pembinaan rumah yang tidak dikawal harganya (lebih mahal) dan baki 10 peratus lagi dikhaskan untuk pembinaan lot kedai.

“Margin yang diperoleh daripada ketiga-tiga komponen ini boleh digunakan untuk membiayai rumah yang berharga RM70,000 itu. Ini adalah yang disebut sebagai berfikir di luar kotak,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Menara Mustapha Kamal sempena sambutan ulangtahun ke-35 tahun Kumpulan EMKAY, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, walaupun rumah mampu milik idamannya itu dijual pada harga ‘rugi’, lokasi pembinaan masih menjadi aspek yang penting.

“Jika projek ini dapat direalisasikan di bandar, kos untuk membina infrastruktur akan menjadi semakin kurang kerana sudah ada rangkaian jalan raya dan bekalan elektrik sedia ada.

“Kos penjimatan ini dapat diserap untuk pembinaan rumah mampu milik. Selalunya, kos penjimatan ini akan kembali semula kepada pemaju sebagai untung tetapi saya hendak memulangkannya semula kepada pembeli,” katanya.

Beliau berpegang kepada pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ dan menyifatkan cadangannya itu sebagai sesuatu yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Cadangan ini perlu mendapat kerjasama baik daripada empat pihak terbabit, yang utama iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, PBT dan pemaju.

“Ini kerana, jika ia berjaya direalisasikan, majoriti rakyat di negara ini boleh memiliki rumah. Saya meletakkan harga dalam lingkungan RM70,000 kerana inilah tahap kemampuan bagi mereka yang bergaji antara RM1,800 hingga RM2,000.

“Cadangan ini juga tidak hanya terhad kepada pihak kami tetapi ia juga terbuka kepada mana-mana pemaju.

“Ini hanyalah idea, jika ada pihak yang mahu melaksanakannya, beri mereka peluang. Tetapi rumah mampu milik itu mesti dijual pada harga RM70,000, bukan RM300,000,” katanya. – BH Online

Tags: bandarrumah mampu milik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bandar Berusia 4,000 Tahun Ditemui Tersembunyi Di Oasis Arab Saudi

Bandar Berusia 4,000 Tahun Ditemui Tersembunyi Di Oasis Arab Saudi

31/10/2024
0

PARIS: Penemuan sebuah bandar berkubu berusia 4,000 tahun yang tersembunyi di sebuah oasis di Arab Saudi mendedahkan bagaimana kehidupan pada...

Bandar Di Kuwait Catat Suhu Paling Panas Di Bumi

08/06/2022
0

BANDAR RAYA KUWAIT -Sebuah bandar di Kuwait, Al Jahra merekodkan suhu paling panas di muka Bumi tahun ini dengan catatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd