• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Royalti Dimasukkan Sebagai Hasil Dalam Bajet 2019

oleh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan memasukkan penerimaan wang royalti minyak dan gas sebagai hasil negeri dalam pembentangan Bajet 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 25 hingga 29 November depan.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata tidak ada sebab untuk kerajaan negeri tidak memasukkan wang royalti ke dalam bajet 2019 kerana royalti wajar diterima oleh kerajaan negeri seperti mana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Perdana Menteri telah berjanji untuk terus memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan (semangat federalism) dan dalam usaha itu, ada beberapa perjanjian telah dibuat.

“Dalam aspek ini (royalti), wujud perjanjian yang dimeterai antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan dan Petronas, maka saya percaya royalti adalah terimaan yang wajar diterima oleh kerajaan negeri dan kita mempunyai aturan perbelanjaan yang ketat, tidak ada sebab untuk tidak memasukkannya ke dalam Bajet 2019,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Terengganu 2018 kepada 60 kakitangan di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Baru-baru ini, isu royalti sedikit ‘panas’ apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa berlaku diskriminasi terhadap negeri pembangkang khususnya Kelantan dan Terengganu namun dibidas oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mahu bukti berhubung dakwaan itu.

Suasana terus tegang apabila Abdul Hadi kemudiannya memuat naik satu status di laman Facebook rasminya meminta Kit Siang merujuk kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk mendapatkan bukti diskriminasi tersebut dipercayai berkaitan jumlah pembayaran royalti kepada Terengganu yang tidak mengikut jumlah sebenar dalam perjanjian.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata secara dasarnya Terengganu menerima wang royalti itu secara dua peringkat.

“Terengganu telah menerima wang royalti peringkat pertama pada Mac lalu berjumlah lebih RM600 juta.

“Peringkat kedua pula ialah pada September lalu iaitu RM300 juta di mana jumlah itu hanya sebahagian daripada jumlah yang sepatutnya diterima, jadi kita berharap ia dapat dihantar seberapa segera yang boleh,” katanya.

Beliau berkata jumlah yang masih belum diterima ialah RM500 juta dan perlu dibayar kepada Terengganu dalam tempoh sehingga Februari kerana terimaan seterusnya ialah pada Mac 2019. – BERNAMA

Tags: Bajet 2019
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan PH ‘Tipu’ Jumlah Defisit Negara – Najib

24/10/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memungkiri janji apabila jumlah defisit...

Kerajaan Akan Cuba Bantu Mahasiswa Kalau Ada Bajet

20/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan makanan percuma kepada mahasiswa universiti awam jika mempunyai peruntukan cukup, kata Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd