• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Teruskan Penurunan Berbanding Dolar

oleh
03/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran ringgit terus menurun sejak semalam untuk ditutup lebih rendah berbanding dolar US hari ini selepas permintaan untuk mata wang dolar itu kekal kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit diurus niaga pada 4.1400/1430 berbanding dolar US daripada 4.1380/1420 yang dicatatkan Isnin.

“Para pelabur global seolah-olah mengekalkan kedudukan walaupun pasaran mencerminkan keyakinan ke atas Perjanjian Dagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).

“Ini telah memberi kesan ke atas aset-aset pasaran baru muncul termasuk Malaysia,” kata Penganalisis Penyelidikan FXTM Lukman Otunuga kepada Bernama.

Katanya, mata wang ekonomi pesat membangun yang sekarang ini terjejas akibat defisit akaun semasa ‘seperti menunggu kesan buruk seterusnya’, kerugian dalam ringgit pula dijangka tidak memburuk, memandangkan Malaysia menikmati lebihan akaun semasa.

“Ringgit berprestasi agak baik hari ini, tidak seperti mata wang Asia Tenggara yang lain seperti rupiah Indonesia dan dolar Singapura yang teruk ditekan.

“Secara teknikal, pelabur akan terus memantau prestasi dolar US/ringgit apabila ia mencecah tahap sokongan 4.1350 dan tahap rintangan 4.1430,” kata Lukman.

Berbanding dengan sekumpulan mata wang utama, ringgit telah didagangkan bercampur-campur.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0100/0129 daripada 3.0198/0238 yang dicatatkan pada Isnin tetapi menyusut berbanding yen kepada 3.6399/6438 daripada 3.6295/6340.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.3634/3677 daripada 5.3976/3049 tetapi berbanding euro, ia menurun kepada 4.7668/7715 daripada 4.8059/8118, sebelum ini. – BERNAMA

Tags: ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd