• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Terus Jatuh, Cecah Paras Terendah Dalam Tempoh 11 Bulan

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit terus turun bagi tempoh lapan hari dagangan berturut-turut, mencecah paras terendahnya dalam tempoh 11 bulan apabila dolar AS semakin mengukuh.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1740/1780 berbanding dolar AS daripada 4.1730/1770 pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata dolar AS terus mengukuh apabila keluaran dalam negara kasar Amerika Syarikat (AS) berkembang sebanyak 3.5 peratus dalam suku ketiga, dengan inflasi rendah dan perbelanjaan pengguna melonjak.

“Ia menjadikan dolar semakin kukuh dan menarik lebih ramai pelabur ke AS,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata di dalam negara, meskipun harga minyak meningkat kepada US$77.94 setong, para pelabur masih tidak memasuki pasaran sementara menunggu pengumuman Bajet 2019 pada Jumaat ini.

“Sehingga hari Bajet, para pelabur dijangka mengambil pendekatan tunggu dan lihat, dalam usaha untuk memahami hala tuju kerajaan yang baru dilantik,” katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0222/0256 daripada 3.0154/0189 pada Jumaat tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7281/7327 daripada 3.7282/7321.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.3544/3612 daripada 5.3419/3495 dan jatuh berbanding euro kepada 4.7538/7596 daripada 4.7384/7438. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd