• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US pagi ini kerana sentimen negatif menyelubungi permintaan terhadap mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1595/1625 berbanding dolar AS daripada 4.1590/1620 pada Isnin.

Ketua Dagangan OANDA Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata ketidaktentuan risiko global, penyusutan harga minyak dan kelemahan prabajet, menyaksikan kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran.

“Fokus berikutnya adalah data indeks harga pengguna (CPI) minggu ini, bagaimanapun melihat kepada suasana inflasi yang hangat tahun ini, ia berkemungkinan menukar pasaran kepada penurunan kadar faedah terhadap dasar Bank Negara Malaysia pada masa depan,” tambahnya.

Ringgit didagangkan kebanyakan tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali yen Jepun.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.3928/3971 daripada 5.4183/4239 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0122/0148 daripada 3.0166/0194 pada Isnin.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.7668/7706 daripada 4.7841/7880 semalam, tetapi berbanding yen Jepun, ia susut sedikit kepada 3.6891/6925 daripada 3.6857/6887. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kepingan Ais Misteri ‘Sebatu Lebar’ Hanyut Di Antartika

Next Post

Operasi SAR Hari Ke-5 Fokus Cari Di Sektor Ketiga

Related Posts

Harga Minyak Naik, Tapi RM Semakin Lemah – Mengapa?

04/06/2022
0

Ini adalah graf Ringgit Malaysia berbanding USD (merah) bersama graf harga minyak dunia (biru). Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Sejak dari dulu lagi,...

Ringgit Terus Merosot Pada Pembukaan

17/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan aliran penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, berikutan kebimbangan mengenai pandemik...

Next Post

Operasi SAR Hari Ke-5 Fokus Cari Di Sektor Ketiga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd