• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Turki Dipenjara Kerana Bercium

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Seorang budak lelaki 16 tahun di Turki dijatuhi hukuman penjara empat setengah tahun kerana mencium teman wanitanya berusia 13 tahun selepas guru mendapati rakan sekolahnya berkongsi video adegan terbabit.

Sebuah mahkamah di wilayah selatan Antalya Jumaat lalu mendapati budak lelaki itu bersalah atas tuduhan penderaan seksual mengikut undang-undang yang melarang perlakuan seksual dengan kanak-kanak bawah 15 tahun.

Video dirakam rakan sekolahnya menunjukkan remaja itu memeluk dan mencium gadis terbabit di laman sekolah digunakan sebagai bukti.

Lima remaja lain, semuanya rakan sekolah berusia 13 hingga 16 tahun termasuk yang merakam adegan itu dan mereka yang berkongsi menyaksikannya, didakwa menggunakan kanak-kanak untuk menghasilkan imej tidak senonoh dan menyebarkannya. Mereka bagaimanpun dibebaskan.

Peguam remaja lelaki 16 tahun itu, Zuhal Merve Ozfidan berkata, pihaknya akan membuat rayuan keputusan terbabit dan enggan berkongsi butiran kes kerana membabitkan golongan bawah umur. Budak lelaki itu masih bebas sementara menunggu rayuan.

Satu laporan pakar dibentangkan kepada mahkamah mencadangkan, tiada keperluan hukuman kerana usia budak lelaki terbabit, kata Sevcan Aydin Uzun, peguam kepada seorang kanak-kanak yang dibebaskan.

“Saya terkejut kejadian itu sampai ke tahap ini. Jika keputusan dikekalkan, remaja itu akan dipenjara selama empat setengah tahun. Dia bakal memiliki rekod jenayah, tidak boleh menjadi pegawai awam, peguam, pendakwa raya dan sebagainya. Adakah ia perlu terlalu berat? Ia boleh dibahaskan,” kata Aydin. – NYT/BH ONLINE

Tags: berciumTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

07/02/2023
0

HATAY : Pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa bantuan teknikal atau hanya dengan tangan kosong...

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

06/02/2023
0

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan tenggara Turki semalam, kata Pusat Kajian Geologi Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd