• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Masalah Pembelajaran Mampu Hafaz 29 Juzuk Al-Quran

oleh Cj Mnh
05/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Tekun dan sabar, menjadi rahsia kejayaan seorang remaja lelaki yang mengalami masalah pembelajaran mampu menghafaz 29 juzuk Al-Quran dalam tempoh tiga tahun di Madrasah Tahfiz Taufiqillah Wang Tepus di sini.

Shafie Samsuri, 13, berkata, walaupun tidak sempurna seperti orang lain, namun atas dorongan ibu-bapa serta bercita-cita menjadi seorang ulama, beliau sanggup berdepan pelbagai dugaan dan cabaran.

Katanya sehingga hari ini sebanyak 29 juzuk telah berjaya dihafaz dan hanya tinggal satu surah terakhir bagi melengkapkan 30 juzuk Al-Quran yang dijangkakan selesai akhir bulan ini.

“Saya tidak mampu membaca di sekolah dan ibu-bapa menyedari kelemahan itu sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk menghantar saya ke madrasah ini untuk menjadi ‘huffaz’ pada 2015 dan dengan rela hati saya mahu mengikuti pengajian di sini dan tinggal di asrama dengan pelajar lain.

“…di sini saya diajar mengenal huruf dan membaca terlebih dahulu selama enam bulan, kemudian saya mula menghafaz surah Al-Baqarah sebanyak lima ayat dalam tempoh sehari dan akhirnya berjaya menamatkan surah paling panjang dalam Al-Quran itu dalam masa setahun, pengetua dan ibu-bapa terkejut dengan kemampuan saya ini,” kata anak bongsu dari enam beradik itu kepada pemberita hari ini.

Katanya selepas menghafaz surah tersebut, hafazan dan bacaan semakin lancar dan mudah apabila setiap surah yang kebanyakan memiliki sembilan helaian hanya mengambil masa dua minggu untuk ditamatkan.

Menurutnya, selain itu beliau juga mengamalkan makanan sunah Nabi Muhammad S.A.W seperti kismis dan kurma, tidur yang mencukupi serta membaca kitab-kitab pengajian.

Sementara itu, pengetua madrasah berkenaan Auzaid Ismail berkata, beliau bangga dengan kebolehan yang dimiliki Shafie jika dibandingkan sebelum dia dimasukkan ke madrasah ini apabila tidak boleh membaca buku atau Al-Quran.

“Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri dan inilah dikatakan mukjizat Al Quran apabila kekurangan yang dimiliki Shafei sebelum ini telah diganti dengan kelebihan menghafaz Al-Quran dan dia juga seorang pelajar yang cukup kuat semangat untuk menjadi seorang tahfiz.

Auzaid berkata selain Shafie, seramai 40 pelajar lain turut menjadi penghuni di madrasah itu dan setiap hari pelajar bangun seawal 4.30 pagi untuk menghafal Al Quran selama lapan jam sehari diselang seli dengan kelas fardhu ain, adab dan tajwid. – BERNAMA

Tags: hafaz Al-Quranremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd