• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod Belanja Bangun Prasarana Sarawak

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak akan membelanjakan peruntukan, yang jumlahnya mencatatkan satu rekod, bagi membina jalan raya dan kemudahan infrastruktur di negeri ini untuk tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, kira-kira RM11 bilion akan dibelanjakan untuk membina jalan raya dan jambatan, serta menyediakan bekalan air dan elektrik di seluruh negeri Sarawak.

“RM2.8 bilion akan dibelanjakan untuk bekalan air, RM2.3 bilion bagi bekalan elektrik dan kira-kira RM6 bilion untuk lebuh raya pantai. Kita tidak pernah membelanjakan sebegini banyak untuk infrastruktur dan ini mencatat satu rekod bagi perbelanjaan di Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada Isnin dalam ucapannya pada penutupan pemukiman tahunan bagi ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri selama tiga hari di sebuah hotel di Batu Ferringhi di Pulau Pinang.

Mengenai satu cadangan agar dipertingkatkan kadar kejayaan dan mempercepatkan projek berkenaan, Abang Johari mengumumkan satu tabung amanah bernilai RM200 juta bagi menyediakan dana,pengembalian semula selepas pengesahan bajet, fasa bahagian akhir projek termasuk sebelum kajian dan penilaian.

“Saya ada satu cara untuk membawa lebih banyak hasil kepada Sarawak yang akan digunakan untuk membiayai projek tanpa membelanjakan wang Kerajaan Negeri yang sedia ada. Tunggulah nanti ucapan pembentangan bajet pada 5 Nov,” katanya kepada para pegawai berkenaan tanpa mendedahkan mekanisme bagi mendapatkan hasil itu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk membiayai semua projek yang diluluskan memandangkan negeri ini tidak lagi boleh bergantung kepada Putrajaya untuk membiayai projek untuk manfaat orang ramai.

Abang Johari melahirkan keyakinan bahawa dengan peningkatan perbelanjaan orang ramai ditambah dengan dasar yang seimbang akan meningkatkan ekonomi negeri ini untuk tempoh dua tahun akan datang.

“Sarawak perlu mengambil kesempatan terhadap penempatan semula industri yang keluar dari China yang dijangka berlaku memandangkan kemungkinan senario perang perdagangan antara China dan AS,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Opengsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd