• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Radius Operasi Cari Pesawat Lion Air Diperluas

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Radius operasi pencarian pesawat Lion Air yang memasuki hari ketiga hari ini diperluas bagi mengesan bangkai dan kotak hitam pesawat itu yang terhempas pada Isnin.

Penolong Bidang Operasi dan Kesiapsiagaan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Nugroho Budi Wiryanto berkata operasi kini meliputi lingkungan 15 batu nautika dari koordinat pesawat itu terhempas.

“Hari pertama radius pencarian ialah lima batu nautika, hari kedua 10 batu nautika dan hari ketiga hari ini, 15 batu nautika,” katanya. Penerbangan JT610 yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas di perairan Tanjung Karawang, tidak lama setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada 7.10 pagi hari sama waktu Indonesia barat.

Operasi pencarian 24 jam yang disertai oleh anggota tentera, polis dan Basarnas itu menggunakan 35 unit kapal, tiga helikopter serta tiga pesawat selain pasukan penyelam. Operasi pencarian turut menggunakan peralatan canggih seperti pemerum gema berbilang alur, sonar dan kenderaan kawalan jauh (ROV) bagi mengesan bangkai pesawat.

Setakat pagi ini, sebanyak 37 beg jenazah yang mengandungi cebisan dan anggota badan yang tidak sempurna dihantar ke Rumah Sakit Polis Indonesia untuk proses pengecaman. – BERNAMA

Tags: pencarianpesawat Lion Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 10 Mac

Malaysia Pertimbang Cari Semula MH370

03/03/2024
0

Subang Jaya: Malaysia bersedia mempertimbangkan untuk melakukan operasi pencarian semula pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kehilangannya masih kekal misteri....

Pencarian Diteruskan Selepas Mangsa Gempa Turkiye Meningkat Kepada 5,000 Orang

Pencarian Diteruskan Selepas Mangsa Gempa Turkiye Meningkat Kepada 5,000 Orang

07/02/2023
0

ANTAKYA: Anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan ketika jumlah kematian akibat gempa bumi yang dahsyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd