• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QSR Brands Sasar Lebih Banyak KFC Pandu Lalu

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – QSR Brands (M) Holdings Bhd. (QSR Brands), pengendali rantaian restoran makanan segera KFC mahu membina lebih banyak restoran berkenaan yang dilengkapi kaunter pandu lalu pada tahun hadapan.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, pembinaan restoran KFC pandu lalu terutamanya di kawasan komersial dan perumahan yang sedang meningkat maju akan memberi keselesaan dan memudahkan pelanggan.

“QSR Brands merancang membuka 24 buah lagi restoran itu di seluruh negara pada tahun depan dengan menumpukan lebih kepada pembinaan restoran pandu lalu yang kini menjadi pilihan pelanggan.

“Sehingga kini, sebanyak 704 restoran KFC telah beroperasi di seluruh negara termasuk 23 cawangan baharu pada tahun ini,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian dan pecah tanah restoran KFC di Bandar Seri Impian, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts Holding Bhd. (Matrix Concepts), Ho Kong Soon; Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Hartanah Matrix Concepts, Leong Jee Van.

Restoran KFC Bandar Seri Impian yang akan dibina di atas tanah berkeluasan 0.35 hektar dijangka siap menjelang akhir tahun depan dan mampu menampung kira-kira 150 pelanggan pada satu-satu masa, selain restoran pandu lalu pertama di daerah ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: KFCpandu lalu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Bincang Kedudukan Ahmad Zahid Bulan Hadapan – Annuar Musa

Next Post

Hukuman Denda RM70K Kekal, Jalankan Perusahaan Gigi Tanpa Lesen

Related Posts

KFC Tak Pernah Ada Dalam Senarai Jenama Untuk Diboikot – BDS Malaysia

KFC Tak Pernah Ada Dalam Senarai Jenama Untuk Diboikot – BDS Malaysia

30/05/2024
0

SHAH ALAM - Kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) memaklumkan bahawa rangkaian restoran makanan segera KFC tidak pernah berada dalam...

Pedas Ngam Ngam, Sedap Kaw Kaw

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia ada juadah inovatif menyengat buat seluruh rakyat Malaysia, dicipta khusus...

Next Post

Hukuman Denda RM70K Kekal, Jalankan Perusahaan Gigi Tanpa Lesen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd