• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qatar Ikrar Bantuan AS$150 Juta Kepada Gaza

oleh Ahmad Albab
12/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Qatar mengumumkan jaminan bantuan berjumlah AS$150 juta (RM623.74 juta) kepada Gaza, sehari selepas bahan api dibeli negara Teluk itu tiba di stesen jana kuasa tunggal di wilayah ditadbir Hamas itu.

Satu kenyataan daripada Kementerian Luar Qatar berkata, wang dijanjikan itu diperoleh menerusi Tabung Pembangunan Qatar, badan kerajaan bertanggungjawab mengagihkan bantuan asing oleh negara berkenaan.

“Di bawah arahan Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, Emir Qatar, Tabung Pembangunan Qatar berikrar AS$150 juta dalam bantuan kemanusiaan bagi mengurangkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang terkepung,” kata kementerian.

Ia menambah, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) akan meneliti agihan bantuan berkenaan. PBB menganggarkan nilai sumbangan awal bahan api Qatar berjumlah AS$60 juta (RM249.50 juta).

Badan dunia itu berkata, sekatan 11 tahun Israel di wilayah terkepung itu, ditadbir pergerakan Islam Hamas, mengakibatkan situasi kemanusiaan ‘malapetaka.’

Dua juta penduduk Gaza hidup dalam keadaan daif termasuk kekurangan air minuman bersih dan bekalan elektrik kerap dipotong, sebahagiannya kerana kekurangan minyak untuk stesen jana kuasa semenanjung itu.

Selama beberapa bulan, penduduk Gaza menerima purata hanya empat jam bekalan elektrik sehari. Mereka melancarkan bantahan kerap sejak Mac lalu di sepanjang wilayah sempadan dengan Israel, mencetuskan serangan membawa maut daripada tentera Zionis dan kebimbangan konflik besar-besaran meletus antara Hamas dan Israel yang berjuang tiga peperangan sejak 2008.

Hamas mengawal Gaza sejak 2007. Qatar, yang menyumbang bilion dolar ke dalam Gaza, melindungi bekas anggota terkenal Hamas termasuk bekas pemimpinnya, Khaled Meshaal. – AFP/BH ONLINE

Tags: GazaQATAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

Israel Mahu Terus Serang Gaza

Israel Mahu Terus Serang Gaza

10/11/2025
0

MENTERI PERTAHANAN ISRAEL TEKAD LANJUT OPERASI SEHINGGA “TEROWONG TERAKHIR” DI GAZA DIMUSNAHKAN TEL AVIV, 10 Nov – Menteri Pertahanan Israel,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd