• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Tetabuan Bakal Terima Klinik Desa

oleh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Pulau Tetabuan dekat sini yang dihuni kira-kira 1,000 penduduk dengan majoritinya bekerja sebagai nelayan akan menerima sebuah klinik desa tahun depan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata pembinaan klinik desa itu bagi memenuhi permohonan penduduk sejak empat tahun lalu.

Klinik itu yang dianggar menelan belanja sekitar RM300,000 akan dibina berhampiran Sekolah Kebangsaan Tetabuan, katanya yang ditemui selepas turun padang ke pulau berkenaan semalam.

Beliau diiringi Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Christina Rundi.

Wong berkata kerajaan juga akan membina kuarters untuk petugas klinik tersebut.

Pada masa ini Beluran mempunyai empat klinik desa iaitu di Kampung Melalin di Pulau Jambongan, Kampung Kolapis, Kampung Kiabau,Telupid; dan Kampung Botition, Paitan.

Mengulas lanjut, Wong berkata kerajaan negeri melihat permohonan penduduk Pulau Tetabuan itu sebagai satu keperluan mendesak memandangkan pada masa ini mereka terpaksa mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Beluran yang terletak sejam perjalanan menaiki bot.

Sementara itu, wakil penduduk Kampung Tetabuan Ansain Baharun berharap pembinaan klinik desa tersebut dapat disegerakan khususnya bagi menampung keperluan ibu mengandung, warga emas dan kanak-kanak.

Menurutnya kos untuk mendapatkan rawatan di Hospital Beluran amat membebankan penduduk yang rata-rata tidak mempunyai pendapatan tetap kerana mereka terpaksa berbelanja kira-kira RM100 setiap kali turun ke pekan Beluran. – BERNAMA

Tags: klinik desaPulau Tetabuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Klinik Desa Ditutup Kerana Gangguan Makhluk Halus?

07/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengalami episod aneh yang berulang sejak 2007, sebuah klinik di Hulu Selangor ditutup sementara sebagai langkah...

3 Klinik Desa Di Baling Dibaik Pulih

21/05/2017
0

BALING - Kerja membaik pulih tiga daripada 35 klinik desa di daerah Baling dijangka siap menjelang Khamis depan manakala baiknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd