• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Pemilihan PKR NS Bermula 10 Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
20/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Proses pemilihan PKR peringkat Negeri Sembilan, yang mempunyai 36,970 orang anggota disahkan layak mengundi, berlangsung hari ini di kesemua lapan cabang di negeri ini.

Pemilihan PKR Negeri Sembilan berlangsung selepas ditangguhkan bagi memberi laluan kepada sesi penamaan calon Pilihan Raya Kecil Port Dickson, 29 Sept lepas.

Kesemua lapan cabang berkenaan ialah Jelebu dengan keanggotaan seramai 3,439, Jempol (3,353), Seremban (4,959), Kuala Pilah (2,876), Rasah (3,807), Rembau (6,421), Telok Kemang (8,333) dan Tampin (3,782).

Proses pengundian yang menggunakan kaedah ‘e-voting’ atau e-undi itu berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Rashid Din berkata anggota polis dan Rela ditempatkan di setiap pintu masuk pusat pengundian bagi memantau serta mengawal keadaan keselamatan.

“Anggota polis juga akan berada di hotspot yang telah dikenal pasti juga bagi memantau keadaan keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambahnya, pegawai tempat mengundi juga dipilih dalam kalangan mereka dari luar Negeri Sembilan bagi mengelakkan sebarang situasi berat sebelah.

Pemilihan PKR Negeri Sembilan menyaksikan Menteri Besar Aminuddin Harun yang juga Naib Ketua Cabang PKR Seremban bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Tampin.

Aminuddin yang menyandang jawatan itu selama dua penggal sebelum ini akan menentang Timbalan Presiden Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), Kapten (B) Zulkapli Kassim yang sudah dua penggal mengetuai cabang Tampin.

Selain itu, Ketua Cabang Rasah menyaksikan perlawanan tiga penjuru yang turut menjadi perebutan dua beradik iaitu Ketua Penerangan PKR negeri Mokhtar Ahmad menentang abangnya Ismail merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Labu.

Mokhtar dan Ismail akan berdepan bekas Timbalan Ketua Cabang Rasah, M. Madurai bagi merebut jawatan itu. – BERNAMA

Tags: Negeri SembilanPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

27/07/2024
0

Putrajaya : Seramai 117 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing dalam operasi khas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd