• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Kesihatan Bernilai RM1.2 Juta Disita Di Kelantan

oleh
03/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan merampas 1,297 produk kesihatan bernilai RM1.2 juta menerusi 26 siri operasi yang dilaksanakan di negeri ini sepanjang Januari hingga September tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Hussin berkata produk kesihatan yang dijual adalah ubat yang tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi dan ubat campur palsu yang dijual secara langsung di negeri ini.

“Barang rampasan itu ialah 534 produk tidak berdaftar, 36 produk mengandungi racun berjadual, 89 kosmetik tidak bernotifikasi, 635 cecair vape mengandungi racun berjadual, dua peranti digital, satu bahan mentah,” katanya kepada pemberita di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata daripada 53 premis yang diserbu, sebanyak 36 premis melibatkan kedai kosmetik, kedai vape (empat), rumah kediaman (tiga), salun (dua), kedai kenderaan (dua), farmasi (dua), kedai pembekal makanan kesihatan (satu), gimnasium (satu), Klinik Perubatan Swasta (satu) dan Klinik Homeopati (satu), katanya

Beliau berkata operasi hasil maklumat daripada orang ramai itu dilaksanakan oleh 29 orang pegawai penguat kuasa farmasi.

Beliau berkata produk berkenaan menjadi pilihan pengguna kerana menawarkan keberkesanan yang segera serta harganya lebih murah berbanding dengan produk yang berdaftar.

“Produk terlaris di kalangan pengguna adalah produk memutihkan kulit, produk menguatkan tenaga batin, dan mengurangkan berat badan,” katanya.

Dr Zaini berkata, bagi kes melibatkan produk yang tidak berdaftar, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya bagi kes melibatkan kesalahan di bawah Akta Racun 1952 pula, ia disiasat di bawah Seksyen 32 (2) akta itu yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: produk kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Rampas Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Berdaftar Di Ibu Negara

10/03/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) merampas 531 ubat-ubatan, produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM152,213 menerusi Op...

Anak Pelakon Veteran Kena Dakwa

28/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Anak perempuan kepada pelakon wanita veteran yang juga pengusaha produk jamu terkenal bakal didakwa di Mahkamah Majistret...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd