• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siri Setem Khas Pemasyhuran Sultan Kedah

oleh
19/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem khas sempena memperingati hari pemasyhuran Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badhlishah sebagai Sultan Kedah ke-29.

Ketua Unit Setem dan Filateli Diyana Lean Abdullah berkata siri setem istimewa itu akan mula dijual bermula 22 Okt.

“Keluaran setem ini adalah sebagai tanda penghormatan khas kepada Sultan Sallehuddin di atas pemasyhuran baginda sebagai pemerintah baharu negeri Kedah,” katanya kepada media ketika sesi memperkenalkan siri setem itu di sini, hari ini.

Diyana Lean berkata tiga reka bentuk setem akan dikeluarkan pada siri itu dengan menampilkan imej Sultan Sallehuddin mengenakan pakaian sikap, pakaian tentera dan pakaian kebangsaan berwarna ungu, dengan setiap setem bernilai 60 sen.

“Keluaran setem siri ini hanya dicetak sebanyak 230,000 keping bagi setiap reka bentuk. Lebih menarik, di tepi setiap set lembaran yang mempunyai 20 keping setem itu mempunyai cetakan gambar alat-alat kebesaran yang dimiliki oleh baginda,” katanya.

Di samping setem, Pos Malaysia turut mengeluarkan 25,000 Lembaran Mini (MS) berharga RM5 setiap keping dengan paparan imej Sultan dan Sultanah Kedah yang mengenakan persalinan songket kuning berlatarbelakangkan Singgahsana Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Di samping alat-alat kebesaran Sultan Kedah menghiasi MS sebagai tanda kebesaran institusi diraja, MS keluaran terhad itu menjadi lebih istimewa apabila ia menggunakan teknik cetakan metalik emas serta imej Jata Pertabalan Sultan Kedah ke-29 dipilih sebagai cap tarikh khas.

“Bagi set lengkap siri ini yang mengandungi folder khas, setem, MS dan Sampul Hari Pertama, ia dijual dengan harga RM54.80. Bagi Sampul Surat Hari Pertama, ia hanya dicetak sebanyak 33,000 manakala folder khas sebanyak 3,300 keping,” katanya.

Dalam pada itu, keluaran setem itu adalah edisi ke-13 yang melibatkan pertabalan atau pemasyhuran sultan di negara ini oleh Pos Malaysia sejak tahun 1957.

Menurut Diyana Lean, siri setem khas pertama yang dikeluarkan adalah ketika Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail pada 4 Jan 1961, di samping Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada April 2007 serta setem Edisi Khas Siri III-Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V pada September 2017. – BERNAMA

Tags: Pos Malaysiasetem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

30/11/2025
0

BANDUNG, INDONESIA — Malaysia achieved a spectacular and record-breaking triumph at the Five Nations 2025 Stamp Exhibition, hosted by Indonesia...

Pos Malaysia Naikkan Kadar Pos Komersial

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Februari, 2020, dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd