• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siri Setem Khas Sempena Hari Pos Sedunia

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

​KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan koleksi siri setem ‘Hari Pos Sedunia’ pada 9 Oktober ini sebagai tanda menghargai jerih keringat lebih 8,000 posmen serta 23,000 pegawai pos yang berkhidmat di negara ini.

Diyana Lean Abdullah, Ketua Unit Setem dan Filateli, berkata bagi keluaran istimewa itu Pos Malaysia memilih dua rekabentuk setem hasil rekaan Datuk Dr Mohd Noor Awang yang menampilkan imej posmen berpakaian seragam lama mengirim surat kepada penduduk luar bandar menggunakan basikal.

“Imej kedua pula memaparkan posmen pada hari ini yang menggunakan motosikal untuk menghantar surat kepada penduduk bandar. Setem yang masing-masing berharga RM0.60 dan RM0.80 sekeping ini hanya dicetak sebanyak 200,000 keping untuk setiap reka bentuk,” katanya kepada pemberita ketika memperkenalkan setem dan sampul surat sempena Hari Pos Sedunia 2018 di Pejabat Pos Besar di sini, hari ini.

Diyana Lean berkata bagi Lembaran Mini (MS) yang memaparkan kombinasi kedua-dua reka bentuk setem, ia dijual pada harga RM3 setiap satu dan dikeluarkan hanya 22,000 keping dengan imej tangan yang digenggam digunakan sebagai cap tarikh khas bagi siri itu.

Selain setem, produk filateli lain yang turut dijual sempena Hari Pos Sedunia adalah Sampul Hari Pertama (FDC) pada harga RM3 dan folder pula pada harga RM6.

“Set lengkap siri setem keluaran khas ini dijual pada harga RM42.20 dengan cetakan folder hanya 1,800 keping,” katanya.

Dalam pada itu, Diyana Lean berkata, pihak pos menggalakkan orang ramai khususnya pengumpul setem membuka Standing Order Deposit Account (SODA) bagi menikmati pelbagai faedah istimewa yang disediakan oleh Pos Malaysia.

“Untuk menjadi ahli, mereka boleh mendaftar di www.posonline.com.my untuk bukan saja mendapat pelbagai faedah istimewa sebagai ahli SODA tetapi maklumat terkini mengenai setem-setem keluaran khas serta perkhidmatan lain yang disediakan Pos Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pos Malaysiasetem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

30/11/2025
0

BANDUNG, INDONESIA — Malaysia achieved a spectacular and record-breaking triumph at the Five Nations 2025 Stamp Exhibition, hosted by Indonesia...

Pos Malaysia Naikkan Kadar Pos Komersial

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Februari, 2020, dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd