• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ketat Kawalan Berikutan Keputusan Kes Musa

oleh Cj Mnh
23/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU — Polis Sabah akan memperketatkan kawalan di dua premis bangunan berikutan pendengaran keputusan mahkamah melibatkan saman bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang mencabar kesahan pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 25 Oktober ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata dua premis itu ialah kawasan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Beliau berkata pihak polis telah menerima maklumat bahawa penyokong daripada kedua-dua pihak akan mengadakan perhimpunan di dua kawasan berkenaan.

“Penyokong daripada kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) diminta supaya tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menimbulkan provokasi dan menganggu gugat keselamatan orang awam di kawasan mahkamah.

“Elakkan daripada insiden yang tidak diingini dan pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika mereka(penyokong) tidak mematuhi undang-undang,” katanya kepada pemberita sempena lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Kinabalu di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan juga dikerah untuk membuat tapisan di kawasan yang terlibat bagi mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pada 6 Jun lalu, Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga memfailkan saman baharu terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd Shafie bagi menggantikan saman yang difailkan pada 17 Mei lepas, memohon pengisytiharan Musa kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah. – BERNAMA

Tags: kawalanRusuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

27/06/2023
0

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan 17 lelaki atas tuduhan merusuh di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ...

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

26/03/2023
0

PETALING JAYA : Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kejadian merusuh di hadapan sebuah restoran di Seksyen 5, Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd