• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Mungkin Akan Panggil Rosmah – Fuzi

oleh
04/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia berkemungkinan akan memanggil isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi mengambil keterangan melibatkan pelbagai kes, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Mungkin kita akan panggil beliau (Rosmah) bagi membantu siasatan melibatkan pelbagai isu antaranya 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya selepas menghadiri Program Lawatan Hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Hospital Putrajaya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata notis merah terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya Tan Sri (Larry) Low Hock Peng sudah mula disiarkan sejak semalam.

“Kita tengah tunggu maklum balas daripada peringkat antarabangsa, kalau ada perkembangan kedudukan mereka dan sebagainya kita akan ambil tindakan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan notis merah terhadap Jho Low tidak dipamer di laman sesawang umum badan penguatkuasa itu adalah kerana wujud arahan supaya mereka tidak berbuat begitu.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata kertas siasatan terhadap bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Arul Kanda Kandasamy akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Pada 26 September lepas, media melaporkan Arul Kanda dipanggil memberi keterangan berhubung kandungan ceramahnya mengenai syarikat itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei lalu.

Terdahulu Mohamad Fuzi dan Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Puan Sri Shahriza Saad menyerahkan sumbangan berjumlah RM6,000 kepada Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said bagi kegunaan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia. – BERNAMA

Tags: Fuzi HarunRosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jutaan Telefon Bimbit AS Bising Terima Mesej Amaran Presiden

Next Post

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

Next Post

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd