• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PNK Sandakan Bantah Ko-Nelayan Ambil Alih Operasi Jeti Nelayan

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sandakan membantah tindakan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) mengambil alih operasi dua jeti nelayan yang dikendalikan oleh persatuan itu di daerah ini.

Pengerusinya Mohd Shaiful Bahari Muin berkata keputusan dibuat oleh Ko-Nelayan tanpa mengadakan perbincangan dengan pihaknya dan turut menjejaskan sumber pendapatan persatuan itu.

Katanya dakwaan Ko-Nelayan bahawa dua jeti ini iaitu Jeti Harmoni Tenang Bandar Ramai-Ramai dan Jeti Sabah Sea Produce Sdn Bhd tidak beroperasi tidak benar.

“Kedua-dua jeti nelayan ini masih beroperasi cuma tidak dapat menyalurkan minyak petrol dan diesel bersubsidi kepada nelayan disebabkan kegagalan Ko-Nelayan sebagai pemborong.

“Ia berlaku selepas Ko-Nelayan tidak menguruskan pembayaran pengangkutan kepada syarikat minyak yang dilantik menyebabkan syarikat itu tidak menghantar bekalan minyak petrol dan diesel di dua jeti itu,” katanya ketika ditemui selepas demontasi aman anggota PNK Sandakan pada Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Secara Tunai di sini, hari ini.

Demontrasi membabitkan 1,000 ahli PNK Sandakan itu menggesa kerajaan mengekalkan pemberian elaun sara hidup dan insentif kepada nelayan serta tidak bersetuju keputusan Ko-Nelayan mengambil alih dua jeti nelayan di daerah ini.

Pada Khamis lepas, Pengerusi Ko-Nelayan Awang Ahmad Shah Sahari dipetik berkata koperasi itu akan mengambil alih dan membuka semula sembilan jeti PNK yang telah ditutup lebih setahun di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Mohd Shaiful yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Sabah (Pengasah) berkata Ko-Nelayan tidak harus membuat kenyataan itu terburu-buru dan perlu memahami peranan PNK sebagai peruncit mengendalikan penjualan minyak petrol dan diesel kepada nelayan.

Katanya Ko-Nelayan sepatutnya mengadakan perbincangan dengan PNK terlibat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan itu.

“Bagi PNK Sandakan, pengambilan operasi dua jeti itu menutup sumber pendapatan persatuan itu yang ditubuhkan untuk membela nasib ahlinya berjumlah 1,200 nelayan,” katanya.

Pengerusi PNK Beluran Jaini Ating dan Pengerusi PNK Libaran Abdul Said Pimping yang turut hadir pada majlis itu turut menyatakan pendirian persatuan mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Ko-Nelayan mengambil alih jeti nelayan dikendalikan PNK di negeri ini.

Dalam pada itu, seramai 1,060 nelayan yang juga anggota PNK Sandakan menerima elaun sara hidup secara tunai pada majlis itu yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah LKIM Sabah Sundra Linggam Nagaiah. – BERNAMA

Tags: ambil alihjeti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Remaja Buat Aksi ‘WILLY’ Antara Ditahan Polis

Next Post

Kerajaan Belanja RM6.31Juta Utk 8 Lawatan Rasmi PM & Delegasi Ke Luar Negara

Related Posts

Dua Jeti Pendaratan Ikan Terbakar Di Sekinchan

Dua Jeti Pendaratan Ikan Terbakar Di Sekinchan

25/03/2025
0

Sekinchan: Dua jeti pendaratan ikan dan sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Bagan Sekinchan, di sini, hari ini. Turut terbakar...

MP Pembangkang Cadang Ambil Alih Hotel GISBH Jadi Muzium

MP Pembangkang Cadang Ambil Alih Hotel GISBH Jadi Muzium

05/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang untuk mengambil alih hotel milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Langkawi, Kedah dan menukarnya...

Next Post

Kerajaan Belanja RM6.31Juta Utk 8 Lawatan Rasmi PM & Delegasi Ke Luar Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd