PUTRAJAYA – Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan Kerajaan dalam usaha perkenal produk jaminan kebajikan wanita melalui i-Suri.
Program i- Suri diperkenalkan pada 15 Ogos 2018 merupakan salah satu program dibawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan perkara ini telah disambut baik.
PKRM bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri untuk melibatkan banyak lagi NGO-NGO untuk mempromosikan caruman sukarela insentif suri (i-Suri) supaya ramai wanita berkelayakan dapat menyertainya.
Ramai wanita masih tidak tahu dengan jelas akan program I-Suri khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar dan tidak mengetahui cara untuk mendaftarnya berikutan tiada maklumat serta pendedahan maklumat keseluruhan.
Oleh yang demikian PKRM menyeru lebih ramai sukarelawan diperlukan dan dijemput untuk mendaftar melalui portal www.rakyatmalaysia.org.my. PKRM bersedia membantu Kerajaan menyampaikan maklumat mengenai program i- Suri yang mampu menjaga masa depan golongan wanita.
Menurut jurucakap PKRM, pengurusannya amat menghargai inisiatif ini yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan khas untuk membantu golongan wanita yang meningkatkan penglibatan serta ilmu wanita dalam pelbagai sektor yang dapat mendahulukan agenda-agenda golongan wanita.
Kami yakin dengan adanya manfaat seperti ini sudah tentu golongan wanita tidak akan ketinggalan lagi dalam apa jua keadaan dan dapat mengambil keputusan yang bernilai demi menjamin masa depan dengan harapan baru.
PKRM menyeru kepada semua badan – badan pertubuhan yang lain untuk mengetahui saranan program ini dan dijemput membantu usaha Kerajaan dalam mempromosikan I-Suri.
Pengerusi PKRM, Kolonel Kehormat Rela Dato’ Ranjith amat menghargai sumbangan dan sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri yang berhasrat meningkatkan usaha pembangunan wanita.
PKRM juga merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan wanita Y.Bhg Datuk Yatimah Sarjiman di atas komitmen beliau menerajui kepimpinan wanita pada dasarnya banyak mengharumkan agenda berkaitan wanita.
PKRM akan menjalin hubungan baru melalui kebajikan wanita khususnya dalam menawarkan khidmat bantuan kerusi roda kepada wanita-wanita yang memerlukan mengikut kriteria- kriteria tertentu.
Sumber : Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : PUAN NUR SHAQHIROH HUSSIN
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PENGERUSI
PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA
Tel:+603-2181 4941
Fax:03-8861 7667
Emel : [email protected]
–BERNAMA