• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: Irfan Puas Hati Prestasi Pemain Mara Final

oleh
21/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim berpuas hati dengan prestasi terbaik anak buahnya dalam saingan timbal balik dengan mengikat keputusan 2-2 bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali gus melayakkan diri ke pentas final bagi merangkul Piala Malaysia 2018.

Juara musim lalu JDT ditewaskan dengan agregat 3-2 malam tadi di Larkin, keputusan seri 2-2 cukup buat anak buah Irfan Bakti selangkah menjulang piala yang kali terakhir didakap 17 tahun lalu.

Menurutnya, kehadiran penjaga gol skuad Penyu yang berpengalaman, Mohd Suffian Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai ‘Tiger’ itu juga merupakan salah satu faktor kemenangan Terengganu FC selepas menyelamatkan percubaan skuad Harimau Selatan yang bertali arus pada awal permainan.

“Dia telah menunjukkan satu persembahan yang baik, kalau tidak kerana dia bagus, saya tidak akan meletakkan dia dalam kesebelasan utama, dia adalah penjaga gol yang terbaik buat masa ini.

“Walaupun JDT menguasai permainan dan sangat kuat di bahagian tengah dan passing game, cuma peluang untuk skor adalah kami sebenarnya, saya berpesan dengan pemain mereka punyai peluang untuk skor walaupun tidak dapat berbuat demikian pada separuh masa pertama namun masa kedua mereka bangkit,” katanya kepada pemberita.

Beliau juga tidak menyangkal kemungkinan bertemu Perak di final dan tidak mahu pemainnya memandang remeh selepas melihat prestasi cemerlang skuad The Bos Gaurus kendalian Mehmed Durakovic itu menewaskan Sabah 5-0 dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium Perak, 7 Okt lepas.

Sementara itu, bagi Ketua Jurulatih JDT, Luciano Figueroa pemain sudah memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu selepas menguasai keseluruhan permainan dan sering memberi tekanan ke kubu TFC, tetapi gagal menterjemahkan peluang terhidang dengan jaringan.

“Kami sangat sedih kerana terkeluar, tetapi kami bermain dengan baik, menyerang dan mencipta banyak peluang untuk mencipta gol dalam permainan pertama dan kedua.

“Kami mahu menang dan kami mahu pergi ke perlawanan akhir tetapi bukan kali ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Irfan Bakti Abu Salim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tidak ‘Kebal’, TFC Mampu Mara Ke Final – Irfan

17/10/2018
0

MISI menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua di Larkin Sabtu ini bukan satu perkara mustahil kerana...

Terengganu Semakin Tempah Tiket Ke Liga Super Musim Depan

05/08/2017
0

KUANTAN - Terengganu semakin hampir menempah tiket ke Liga Super musim depan apabila berjaya mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd