• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Mansuh Lebih 4,000 Projek Mesra Rakyat?

oleh
02/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… PAS mendesak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tampil menjelaskan dakwaan lebih 4,000 Projek Mesra Rakyat yang telah diluluskan bagi sepanjang 2018 tetapi tiba-tiba dimansuhkan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, sehingga Julai lalu, ribuan projek prasarana awam terbabit yang merangkumi setiap kerusi Parlimen di seluruh negara dengan anggaran nilai berjumlah lebih RM100 juta.

“Difahamkan untuk Negeri Sembilan sahaja, projek terlibat berjumlah lebih 500 buah projek sementara Johor pula mencatatkan paling banyak iaitu lebih 800 buah projek, manakala di Kedah pula sebanyak lebih 500 buah projek.

“Kebanyakan projek berkenaan adalah projek di luar kawasan bandar dan ia adalah projek keperluan masyarakat setempat seperti masjid, dewan dan jalan raya,” kata Nasrudin menerusi satu kenyataan, di ibu negara hari ini.

Beliau mengulas keluhan Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia, Tukiman Radion pada 18 September lalu mendakwa tuntutan RM8 juta bagi dua projek sudah siap masih belum dibayar Kerajaan PH.

Organisasi tersebut bahkan mendakwa, jika isu tuntutan bayaran untuk segala projek tersebut tidak ditangani dengan baik, dikhuatiri sehingga 400 kontraktor kelas F Bumiputera akan terjejas dalam jangka masa panjang.

Nasrudin juga menuntut kerajaan khususnya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, selain Kementerian Kewangan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan untuk tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

“Perkara ini telah berlarutan terlalu lama sehingga menyebabkan pihak kontraktor yang telah menyiapkan kerja-kerja mereka tidak mendapat pembayaran yang sepatutnya,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Nasrudin Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM – Latheefa Koya: Rakyat Terus Diperdaya

04/06/2019
0

*BILA BERKUASA, SEGALA APA YANG DIPERJUANGKAN DULU DINODA* 1. Kemeriahan menyambut ambang Aidil Fitri 1440 tersentak seketika dengan berita perlantikan...

Kenapa Pemimpin Pakatan Harapan Panik?

27/05/2019
0

1. HUBUNGAN PAS dan UMNO semakin hari semakin baik terutama di bulan Ramadan al-Mubarak ini. Tambah erat menjelang hari lebaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd