• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PFA Perlu Selesai Sendiri Masalah Kewangannya

oleh
13/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) perlu menyelesaikan sendiri masalah kewangan yang dihadapinya kerana kerajaan negeri mempunyai komitmen lain lebih penting, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Katanya ini kerana kerajaan negeri perlu mengutamakan kepentingan rakyat dengan sumber kewangan yang terhad.

“Dakwaan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan baru-baru ini bahawa kerajaan negeri menutup mata soal tunggakan gaji pemain yang lama tertangguh bukan isu kerana selama inipun kita hanya membantu sekadar mampu seperti menyediakan stadium untuk latihan.

“Masalah PFA ini bukan hanya gaji semata-mata tetapi tanggungan lain seperti hutang lama yang belum diselesaikan,” kata Azlan yang ditemui pemberita pada sambutan Hari Sukan Negara peringkat Perlis, di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung kenyataan Wan Saiful itu, beliau berkata setakat ini kerajaan negeri telah membelanjakan RM1.3 juta bagi membantu PFA.

Azlan turut mencadangkan agar PFA membawa masalah mereka kepada Majlis Sukan Negara atau Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Media sebelum ini melaporkan 37 pemain dan pegawai PFA tidak dibayar gaji hingga hari ini berjumlah lebih RM460,000.

Sementara itu, mengenai setiausaha sulit kanannya Herwadey Hashim yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor semalam kerana memberi keterangan palsu, Azlan berkata perkara tersebut melibatkan soal peribadi Herwadey.

“Perkara ini tidak menjejaskan kedudukan saya sebagai menteri besar. Biarlah tertuduh selesaikan sendiri masalah peribadi beliau,” katanya, menambah Herwadey akan terus berkhidmat dengan beliau.

Semalam, Herwadey, 38, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi keterangan palsu berkaitan seorang wanita didakwa mengedar dadah pada Jun lepas. – BERNAMA

Tags: Azlan ManPFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelaburan BAM Mula Tuai Hasil – Presiden BAM

Next Post

Gempa Bumi Sederhana Landa Utara Laut Maluku

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

Next Post

Gempa Bumi Sederhana Landa Utara Laut Maluku

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd