• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peti Suara Koyak Punca Zamani ‘Membisu’ Di Pentas GV5

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penyanyi Zamani yang sepatutnya tersingkir dalam Gegar Vaganza ke 5 (GV5) pada Ahad bernasib baik kerana memperoleh imuniti daripada penaja, Datuk Seri Aliff Syukri.

Pengasas D’Herbs itu berbuat demikian kerana mahu mengekalkan Zamani yang disifatkan berpotensi walaupun dia tidak membuat persembahan pada minggu kelima GV5 atas faktor kesihatan.

“Saya mahu kekalkan dia minggu hadapan, saya menggunakan imuniti saya,” kata Aliff.

Pengumuman itu mendapat sokongan peminat yang mulanya agak terkejut apabila Zamani hanya diam kaku ketika gilirannya menyampaikan lagu ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’.

Dalam pada itu juri tetap, Datuk Ramli MS berkata, dia menyedari Zamani mempunyai masalah suara sebelum malam latihan dan sudah diminta membuat pemeriksaan doktor.

“Zamani memang sudah sakit dan peti suara dia betul-betul dah koyak sebelum malam sesi latihan lagi. Saya dah cuba turunkan not lagu tersebut namun dia masih tidak boleh menyanyi.

“Malam ni dia memang tak boleh langsung tapi dia tetap mahu meneruskan persembahan. Sebab itu bila dia cuba nak menyanyi, suara dah tak keluar sebab semakin teruk,” katanya kepada mStar Online.

Dalam persaingan minggu kelima GV5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad, Zamani gagal membuat persembahan kerana tidak sihat.

Biarpun penyanyi lagu ‘Gerimis Mengundang’ itu tidak dapat meneruskan persembahannya namun peminat memberi sokongan dengan menyanyikan lagu tersebut sehingga tamat.

Selain Zamani, peserta yang bakal berentap ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Mya Ruslee, Dia Fadila, Forteen, Farawahida, Hetty Sarlene, Amelina dan gandingan Billyzulkarnain.

Selain Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, penghakiman pada minggu ini dilakukan bersama Datuk AC Mizal selaku juri jemputan.

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak pula disandang oleh Noryn Aziz.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. – mStar Online

Tags: Gegar VaganzaZamani Slam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesawat Lion Air Terhempas, Belum Dipastikan Rakyat Malaysia Terbabit

Next Post

“Tak Mungkin… Ismail Izzani Dah Macam Adik” – Ara Johari

Related Posts

Catat Sejarah! GV7 Dinobat Program Muzik, Tarian Terbaik Asia!

06/12/2021
0

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mencatat sejarah tersendiri apabila membawa pulang anugerah berprestij di Asian Academy Creative Awards...

Hady Mirza, Naqiu Juara Bersama GV6

23/12/2019
0

SHAH ALAM - Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan...

Next Post

“Tak Mungkin… Ismail Izzani Dah Macam Adik” – Ara Johari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd