• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Darurat Sulawesi Tengah Dilanjut 14 Hari

oleh Ahmad Albab
12/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NUSA DUA – Gabenor Sulawesi Tengah, Longki Djanggola melanjutkan perintah darurat di kawasan terjejas akibat gempa bumi dan tsunami bulan lalu untuk tempoh 14 hari lagi manakala pencarian mayat mangsa dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.

Perintah darurat semasa, dijangka tamat Sabtu, kini dilanjutkan sehingga 26 Oktober.

Keputusan itu dibuat ketika pihak berkuasa masih berdepan banyak masalah di lapangan untuk menyediakan keperluan asas, membaiki kerosakan infrastruktur dan membina perumahan sementara kepada mangsa bencana.

Sebagai maklum balas terhadap permohonan pertubuhan masyarakat awam, kerajaan juga memutuskan untuk membenarkan tambahan sehari lagi mengeluarkan mayat, tamat tengah hari semalam berikutan kebimbangan kesihatan.

“Dalam satu mesyuarat 8 Oktober lalu dan dipersetujui, proses pengeluaran mayat perlu ditamatkan 11 Oktober berikutan pertimbangan perubatan, psikologi, sosial dan agama.

“Bagaimanapun ada banyak permintaan daripada anggota masyarakat awam untuk lanjutan satu hari lagi, justeru, ia dilanjutkan sehari lagi. Ia perlu tamat esok (Jumaat),” kata jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan semalam dilaporkan Jakarta Globe.

Kawasan di mana mayat mangsa tidak boleh dikeluarkan akan ditukar kepada tugu peringatan.

Angka kematian disahkan akibat bencana dahsyat itu berjumlah 2,071 sehingga tengah hari semalam, ketika penyelamat menemui enam lagi mayat. Lebih 650 orang masih hilang dan sekurang-kurangnya 150 lagi dipercayai tertimbus dalam lumpur tebal akibat pencecairan tanah disebabkan gempa magnitud 7.5 dan tsunami pada 28 September lalu, kata pihak berkuasa.

Kerajaan menjangka menyelesaikan membina kediaman sementara dalam tempoh dua bulan. Penduduk di perkampungan Balaroa akan dipindahkan ke kawasan Dayu, sementara dari Petobo dipindahkan ke Ngata Baru.

Sutopo berkata, banyak mangsa bencana kini mengalami masalah pernafasan dan cirit-birit serta memerlukan rawatan perubatan segera.

Naib Presiden Jusuf Kalla akan mengiringi Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk melawat kawasan bencana di Palu hari ini.

Beliau berada di Indonesia untuk menghadiri Mesyuarat Tahunan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia di Bali di sini, serta Persidangan Kepimpinan Asean. – Agensi/BH ONLINE

Tags: daruratpenduduk Sulawesi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

KKM Bersedia Jika Kerajaan Isytihar Darurat

KKM Bersedia Jika Kerajaan Isytihar Darurat

16/05/2023
0

KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan sudah bersedia sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat jika keadaan gelombang haba semakin membimbangkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Menterinya, Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd