• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Tangkap Gajah Jantan Seberat 3.5 Tan

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah jantan seberat 3.5 tan dekat Ladang Getah Aring 8, Gua Musang, petang semalam.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohd Hasdi Hussin berkata tangkapan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada pengurus ladang pada pukul 10.30 pagi.

Beliau berkata susulan laporan itu, sepasukan lima anggota Perhilitan telah pergi ke lokasi dan berjaya menangkap gajah jantan tersebut kira-kira pukul 3.10 petang.

“Gajah yang ditangkap itu dianggarkan seberat 3.5 tan dan berumur dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun dengan ukur lilit kaki sebesar 15 inci.

“Gajah yang ditangkap itu dalam keadaan sihat dan diberikan makanan supaya tidak bertindak agresif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Hasdi berkata gajah jantan yang ditangkap ini dipercayai daripada kumpulan lebih 10 ekor gajah yang dikatakan menimbulkan kebimbangan kepada kira-kira 300 penduduk Orang Asli di Kampung Aring 5, Gua Musang sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata sepasukan anggota Perhilitan telah melakukan siasatan di kawasan penempatan berkenaan sejak 30 Sept lalu dan melakukan kawalan waktu malam serta memasang lampu biru sebagai langkah menghalang pencerobahan gajah.

Katanya Perhilitan akan sentiasa memantau keadaan di perkampungan tersebut bagi mengesan sebarang pergerakan haiwan liar itu. – BERNAMA

Tags: gajahPerhilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

12/08/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024,...

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd