• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pereka Grafik Bebas Tuduhan Muat Naik Gambar Palsu Najib

oleh Ahmad Albab
11/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan seorang pereka grafik kontroversi atas tuduhan memuat naik gambar palsu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di akaun Instagramnya, dua tahun lalu.

Hakim Zamri Bakar membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memaklumkan Jabatan Peguam Negara bersetuju menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 41, yang juga aktivis, selaku Orang Kena Saman (OKS) setelah menerima surat representasi yang dikemukakan peguamnya Syahredzan Johan.

“Jabatan Peguam Negara menerima representasi yang dihantar Mohd Fahmi Reza, sehubungan itu pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan kes dan memohon pertuduhan ke atas OKS ditarik balik mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah serta OKS dilepas tanpa dibebaskan,” katanya semasa sebutan semula kes itu hari ini.

Syahredzan bagaimanapun memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan atas alasan pihak pendakwaan tidak lagi berhasrat meneruskan kes itu dan mahkamah membenarkan permohonan berkenaan.

Mohd Fahmi Reza menghantar dua surat representasi bertarikh 12 Jun dan 17 Julai lalu kepada Jabatan Peguam Negara bagi menarik balik pertuduhan ke atasnya semasa perbicaraan kes itu dengan tiga saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Pada 6 Jun 2016, Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memuat naik gambar palsu bekas perdana menteri itu bertujuan menyakitkan hati orang lain, di akaun Instagramnya.

Dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Instagram ‘kuasasiswa’ di suatu pautan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 31 Januari 2016.

Pautan itu kemudian didakwa dibaca di satu alamat di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong, Selangor, pada 6 petang, 1 Februari 2016.

Mohd Fahmi Reza dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksmimum RM50,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKartunis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd