• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbarisan Hari ATM Ke-85 Meriah

oleh Ahmad Albab
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG – Membawa tema sambutan Hari Angkatan Tentera (ATM) Ke-85, ATM Teras Kedaulatan Negara, pasukan itu meraikan penubuhannya yang berusia 85 tahun pada 16 September lalu, manakala perbarisan sempena sambutan hari ulang tahun itu diadakan hari ini.

Seramai 45 pegawai dan 1,163 anggota lain-lain pangkat yang terdiri daripada 10 kontinjen perbarisan dari elemen ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara termasuk kontinjen wanita terbabit dalam perbarisan yang bermula jam 9 pagi itu.

Perbarisan yang diketuai Leftenan Kolonel Mohd Norazan Othman dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu turut diserikan dengan peragaan sebahagian aset ATM iaitu pesawat Airbus A-400 M, pesawat C-130 Hercules, helikopter Black Hawk, Helikopter As-61 N1, kereta kebal Pendekar, kereta perisai Adnan, 8X8 Gempita, meriam 155MM, kenderaan Lipan Bara, kereta perisai Condor, Vamtac Igla dan Vamtac AGL selain lintas hormat udara oleh sembilan helikopter.

Pegawai Tabik Hormat adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. Beliau turut menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) serta Penganugerahan Sijil Kepujian Angkatan Tentera dan Anugerah Kesiapsagaan Panglima Angkatan Tentera.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Halimi Abdul Manaf, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarudin dan Panglima Tentera Udara Jeneral, Tan Sri Affendi Buang. – BH ONLINE

Tags: ATM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd