• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut IPTA Didenda Khalwat Dengan 2 Wanita

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tidak pernah serik, seorang penuntut di sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA), di sini, didenda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu pada Selasa atas kesalahan berkhalwat dengan dua wanita, pada Jun lalu.

Lelaki berusia 23 tahun yang berasal dari Marang itu sebelum ini memiliki rekod kesalahan berkhalwat dengan pasangan berbeza turut berdepan hukuman dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat Hakim Syarie selepas dia bersama dua pasangannya yang berusia 23, mengaku bersalah mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, keputusan hukuman bagi dua wanita tersebut yang salah seorangnya penuntut di IPTA, di sini, dan seorang lagi bekerja sebagai pereka fesyen ditetapkan pada Disember ini.

Berdasarkan fakta kes, pada 12 Jun lalu, lebih kurang pukul 1.35 pagi, serbuan dibuat ke atas sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus.

Semasa sampai, didapati pintu utama tertutup rapat dan berkunci sebelum dibuka oleh seorang perempuan beberapa minit selepas diketuk.

Keadaan di dalam rumah ketika itu gelap sebelum wanita tersebut diarahkan membuka lampu dan dalam masa sama, didapati seorang lelaki sedang berjalan dari ruang dapur ke ruang tamu rumah.

Siasatan lanjut mendapati hanya mereka bertiga sahaja berada di dalam rumah dan tiada hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Khanurulhajja Mustafar. – Sinar Harian

Tags: kes khalwatpenuntut IPTA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Didenda RM1,500 Terima Suapan Kes Khalwat

30/03/2022
0

IPOH : Anggota polis berpangkat Lans Koperal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menerima...

Rangka Manusia Dalam Tangki Air Sah Penuntut UiTM

03/07/2019
0

JEMPOL – Rangka yang ditemukan dalam tangki air di Felda Palong 12 di sini pada 25 Mac lepas disahkan milik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd