• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Ladang Dilepas Tuduhan Dagang Orang

oleh Ahmad Albab
25/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini melepas dan membebaskan seorang pengurus ladang daripada 15 pertuduhan pemerdagangan orang dua tahun lalu.

Hakim Ahzal Fairuz Ahmad Khairuddin membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan dan kredibiliti 15 daripada 25 saksi yang merupakan mangsa selain mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas L. Ganis, 44.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memperdagangkan 15 individu termasuk dua kanak-kanak berusia antara 13 tahun dan 66 tahun bagi maksud eksploitasi buruh paksa dengan ancaman dan kekerasan.

Ganis didakwa melakukan kesemua pertuduhan itu di Ladang Koperasi Kelapa Sawit Sdn Bhd Daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek Pengkalan Hulu antara April 2016 hingga 26 Feb 2017.

Pertuduhan terhadapnya di­kemukakan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda serta Seksyen 14 dan 13 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Ahzal Fairuz dalam penghakimannya pada akhir kes pendakwaan berkata semua 15 mangsa dalam keterangan masing-masing menyatakan bahawa mereka ditawarkan pekerjaan dan bukannya dipaksa bekerja di ladang tersebut.

Hakim juga berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa semua 15 mangsa dipukul oleh Ganis.

“Pendakwan hujahkan terdapat kekerasan terhadap mangsa. Dakwaan ini perlu disokong oleh bukti kukuh, tetapi pendakwan gagal buktikan kes tersebut,” katanya.

Selain itu, Ahzal Fairuz berkata pihak pendakwaan juga gagal memanggil tiga saksi penting kes tersebut.

Mengenai ketidakpuasan hati mangsa terhadap bayaran gaji, hakim berkata perkara itu tidak termasuk dalam Atipsom 2007, sebaliknya ia di bawah Akta Kerja 1955.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Hasyutantee Khalil, manakala tertuduh diwakili Ramzani Idris dan M. Haresh. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: pemerdagangan manusiaPengurus Ladang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Merokok, Ketagihan Yang Membunuh

Next Post

MAB, Visa Kerjasama Tawar Promosi Hujung Minggu

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

Next Post

MAB, Visa Kerjasama Tawar Promosi Hujung Minggu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd