• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengukuhan Dolar US Kekang Permintaan Terhadap Ringgit

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan aliran penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini berikutan minat untuk mengambil risiko terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh dengan harga minyak meningkat, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1400/1440 berbanding dolar US daripada 4.1380/1420 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata peningkatan dolar US dan hasil bon AS yang lebih tinggi mempengaruhi sentimen tempatan.

Beliau berkata Indeks Harga Pengeluaran China yang lebih rendah daripada jangkaan, yang diumumkan semalam, telah mempengaruhi sentimen.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0164/0195 daripada 3.0198/0238 pada Isnin dan naik berbanding euro kepada 4.7921/7979 daripada 4.8059/8118.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, susut berbanding yen Jepun kepada 3.6332/6370 daripada 3.6295/6340 semalam dan rendah berbanding pound British kepada 5.3990/4046 daripada 5.3976/3049. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd