• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguatkuasaan Pindaan Peraturan Berkaitan Arak

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan pindaan peraturan berkaitan minuman beralkohol di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 pada 27 Mei 2016. Pindaan peraturan tersebut akan berkuatkuasa pada 16 Oktober 2018.

Pindaan ini adalah selaras dengan “Global Strategy to Reduce the Harmful Use of Alcohol” yang telah dimeterai oleh semua Menteri Kesihatan semasa “World Health Assembly” ke 63 pada tahun 2010 untuk mengurangkan kebolehdapatan minuman beralkohol di pasaran.

Pindaan peraturan tersebut terdiri daripada pindaan ke atas peraturan 361 mengenai standard am bagi minuman beralkohol yang sedia ada dan mewujudkan peraturan baru 386A mengenai Sebatian Minuman Keras (Compounded Hard Liquor atau CHL).

Pindaan ke atas peraturan 361 mengenai standard am bagi minuman beralkohol yang sedia ada termasuk:

– Melarang penjualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun berbanding dengan 18 tahun sebelum ini;

– Semua penjual minuman beralkohol diwajibkan untuk mempamerkan notis “MEMINUM ARAK BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN” di hadapan lokasi di mana minuman beralkohol dijual dan tanda larangan jualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun di kaunter jualan minuman beralkohol;

– Mewajibkan supaya minuman beralkohol untuk jualan dipamerkan di kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet atau rak makanan lain;

– Mewajibkan pernyataan “MEMINUM ARAK BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN” di atas semua label produk minuman beralkohol; dan

Standard baru CHL telah diwujudkan bagi mengawal keselamatan dan kualiti produk serta memberi maklumat yang tepat kepada pengguna. CHL merupakan minuman beralkohol yang dihasilkan daripada minuman beralkohol seperti wiski, rum, vodka dan brandi dengan etil alkohol yang ditambah yang berasal daripada pertanian atau sulingan yang berasal dari pertanian. Standard yang baru ini juga menetapkan bahawa produk CHL hanya dibenarkan dijual dalam botol kaca dengan isipadu minima 700 ml.

Kegagalan mematuhi peraturan 361 dan 386A mengenai CHL merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan, KKM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan di negara ini adalah terkawal. Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan.

YB DATUK SERI DR. DZULKEFLY BIN AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

16 OKTOBER 2018

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-8883 3675/019-3265122

– BERNAMA

Tags: minuman beralkoholperaturan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bom Tinggalan Perang Dunia Ke-2 Ditemui

Next Post

Tiga Beranak Diikat, Dirompak

Related Posts

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

Kenakan Peraturan Ke Atas Negara Lain Wajar Dilarang – Putin

06/10/2023
0

SOCHI, RUSSIA: Presiden Russia, Vladimir Putin semalam menegaskan, tindakan mengenakan peraturan ke atas mana-mana negara lain harus dilarang malah tiada...

Wanita Didakwa Lempar Minuman Beralkohol Kepada Penonton Lain

Wanita Didakwa Lempar Minuman Beralkohol Kepada Penonton Lain

23/07/2023
0

PETALING JAYA – Seorang wanita bertindak luar kawalan apabila didakwa melemparkan minuman beralkohol kepada seorang penonton lain setelah diminta senyap...

Next Post

Tiga Beranak Diikat, Dirompak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd