• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghantaran Pulang Pelarian Rohingya Mungkin Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Proses penghantaran pulang etnik Rohingya ke Rakhine, Myanmar berkemungkinan dilaksanakan pada tahun hadapan, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata usaha membantu golongan itu pulang ke negara asal telah mula dilaksanakan oleh Pasukan Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN yang diketuai Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan, selaku negara yang mengetuai ASEAN tahun ini.

“Pasukan khas ini akan ke Myanmar pada hujung bulan ini untuk berbincang bagaimana kaedah paling cepat untuk membantu masyarakat Rohingya pulang dengan sasarannya bermula awal tahun depan.

“Kita tidak tahu berapa laju proses ini boleh dilaksanakan, namun ia harus dimulakan kerana selagi tiada permulaan, selagi itu masalah melibatkan pelarian Rohingya tidak selesai.

“… penting untuk kita membantu golongan ini pulang ke negara asal kerana jika tidak, ia membenarkan penghapusan etnik yang sedang berlaku,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pemerkasaan Profesionalisme Guru-guru Bahasa Melayu Daerah Kuantan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di sini, hari ini.

Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota menambah antara tindakan yang dijangka akan dilaksanakan oleh pasukan khas itu ialah menubuhkan sebuah pasukan pemantau bagi memastikan keselamatan masyarakat Rohingya di Myanmar.

Katanya, kewujudan pasukan pemantau penting memandangkan masyarakat Rohingya bimbang untuk pulang kerana ramai yang diseksa dan ditahan, menyebabkan mereka terus mengambil risiko menjadi pelarian di negara asing.

Risiko keselamatan juga menyebabkan terdapat kira-kira sejuta masyarakat Rohingya di Bangladesh, yang turut dibantu kerajaan Malaysia menerusi pelaksanaan hospital medan di Wilayah Cox’s Bazar atas dasar perikemanusiaan, katanya.

“Masyarakat Rohingya di Malaysia dibantu dalam agenda pendidikan kepada kanak-kanak mereka tanpa melibatkan dana atau wang kerajaan, sebaliknya dilaksanakan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO).

“Setakat ini terdapat enam NGO yang telah memulakan pusat pendidikan anak Rohingya dengan bergantung kepada dana hasil carian sendiri atau sumbangan pihak antarabangsa seperti Yayasan Qatar yang membantu penajaan kebajikan dan pendidikan,” katanya.

Saifuddin juga memaklumkan Kementerian Sumber Manusia pernah melaksanakan program membantu masyarakat Rohingya bekerja, namun program rintis melibatkan 300 orang itu tidak berjaya.

“Mungkin pekerjaan yang disediakan tidak sesuai atau kaedah yang digunakan…jadi kementerian terlibat sedang mencari jalan untuk membantu mereka bekerja,” katanya. Beliau seterusnya menambah Malaysia akan terus mendesak supaya mereka yang terlibat termasuk beberapa pegawai tinggi tentera Myanmar yang dikatakan bertanggungjawab dalam krisis Rohingya dihadapkan ke muka pengadilan.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu semalam, dilaporkan berkata setakat ini, terdapat lebih 100,000 pelarian Rohingya di Malaysia dan tidak semuanya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). – BERNAMA

Tags: Datuk Saifuddin AbdullahPelarian Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sedia Bantu JIM Kesan 60 Pelarian Rohingya

31/05/2022
0

Kuala Lumpur : Polis Kuala Lumpur bersedia membantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan baki 60 pelarian etnik warga Rohingya yang...

KDN Pergiat Buru 60 Pelarian Rohingya Lolos Depot

28/05/2022
0

KLANG : Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat usaha memburu 60 pelarian Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Sementara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd