• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Lion Air Mohon Maaf

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pengasas Lion Air Group, Rusdi Kirana memohon maaf kepada keluarga mangsa dan kru pesawat malang Lion Air JT610 yang terhempas di Laut Jawa, mengatakan beliau ‘amat terkejut’ dengan tragedi itu.

Rusdi, ketika ini menggalas tugas sebagai Duta Indonesia ke Malaysia, melawat keluarga mangsa di Hotel Ibis Cawang di Jakarta Timur semalam, sehari selepas pesawat terhempas dalam perjalanan dari ibu kota ini ke Pangkal Pinang di Bangka Belitung pagi kelmarin.

“Saya memohon maaf, atas apa juga alasannya. Saya ketika ini berusaha sebaik mungkin. Saya melanjutkan ucapan takziah. Saya amat sedih dan sejujurnya amat terkejut dengan insiden itu,” kata Rusdi dipetik kompas.com.

Rusdi berkata, pengurusan Lion Air bersedia diaudit susulan nahas.

“Jika penemuan dalam audit menuding kepada salah laku, kami tidak akan membantah sebarang penalti,” katanya.

Rusdi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Lion Air pada 2014. Beliau dilantik Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo sebagai anggota Lembaga Penasihat Presiden pada 2015, kemudian melepaskan keanggotaannya apabila dilantik sebagai duta tahun lalu.

Beliau yang mengasaskan bersama syarikat tambang murah Lion Mentari Airlines pada 1999, membantu meneliti peluasan Lion Air sejak sedekad lalu untuk menjadi syarikat penerbangan terbesar dikendalikan swasta di Indonesia.

Pada 2013, Lion Air memesan 234 pesawat daripada pengeluar Perancis, Airbus, menjurus Rusdi menerima anugerah daripada kerajaan Perancis untuk pembelian terbesar pernah diterima syarikat ketika itu.

Nahas kelmarin adalah yang terbaharu dan insiden terburuk membabitkan Lion Air, yang terbabit dalam sejumlah nahas sejak sedekad lalu.

Pihak pengurusan syarikat kata Rusdi akan memberi setiap keluarga mangsa pesawat JT610 Rp 5 juta (RM1,374.10) untuk menampung perbelanjaan tinggal di ibu kota ini ketika tempoh pengambilan cebisan mayat mangsa dan akhirnya proses pengenalpastian.

Katanya, tambahan Rp 25 juta (RM6,870.49) akan disediakan pengurusan bagi menampung kos pengebumian mangsa yang maut dalam insiden itu. – Agensi

Tags: Lion Airmohon maaf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Mengaku Salah, Dipenjara Setahun Lakukan Aksi Tidak Senonoh Di Kubur

Pasangan Mengaku Salah, Dipenjara Setahun Lakukan Aksi Tidak Senonoh Di Kubur

26/03/2026
0

GEORGETOWN – Sepasang kekasih dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak...

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

30/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Blogger, Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, hari ini mengemukakan permohonan maaf tanpa bersyarat kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd