• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Bersama Microsoft Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAUL Allen yang juga pengasas bersama Microsoft dengan rakan sejak kecilnya, Bill Gates meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat kanser limfoma.

Berita kematian Allen disahkan oleh keluarganya.

Awal bulan ini, Allen memberitahu kansernya yang dirawat pada 2009 kembali menyerang.

Gates turut mengucapkan takziah kepada rakannya itu.

“Saya amat sedih dengan berita kehilangan salah seorang rakan baik saya, Paul Allen,” katanya.

Allen dan Gates menubuhkan Microsoft pada 1975 dan membawa haluan masing-masing pada 1980.

Paul Allen

Pada 1986, dia menubuhkan firma pelaburan Vulcan Inc untuk menguruskan portfolio bernilai jutaan dolar.

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella berkata:”Sumbangan Paul Allen kepada syarikat kami, industri kami dan komuniti kami amat diperlukan.”

“Sebagai pengasas bersama Microsoft, dengan caranya tersendiri, dia mencipta produk magik, pengalaman dan institusi dan ketika melakukannya, dia mengubah dunia.”

Allen menduduki ranking ke-44 dalam senarai individu terkaya di dunia dengan aset bernilai 16.4 bilion pound sterling, menurut majalah Forbes 2018.

Allen dilahirkan di Seattle pada 1953 dengan bapanya bekerja di perpustakaan manakala ibunya seorang guru.

Dia dua tahun lebih tua daripada Gates tetapi mereka bertemu dalam bilik komputer di Lakeside School di Seattle pada 1968 dan menyedari berkongsi minat yang sama. – The Sun/mStar Online

Tags: meninggal duniaMicrosoft
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd