• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BM Di SJK Cina, Tamil Perlu Santai, Interaktif

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC & SJKT) perlu bersifat santai dan interaktif dalam memastikan murid berupaya bertutur bahasa kebangsaan, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata melalui kaedah itu, proses pembelajaran akan lebih menyeronokkan sekali gus membolehkan pelajar menghayati Bahasa Melayu.

“Penghayatan terhadap bahasa ini perlu dilakukan dengan menjiwai dengan kasih sayang dan hormat menghormati dan bukan sekadar diukur dengan peperiksaan. Paling penting proses pengajaran itu perlu menggembirakan dan bukan membebankan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Kebangsaan Peningkatan Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini, hari ini.

Maszlee turut mengambil contoh penggunaan filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan animasi Upin dan Ipin dan lagu-lagu kebangsaan dalam proses pengajaran untuk menarik minat pelajar dan membolehkan mereka memahami Bahasa Melayu dengan lebih mudah.

Selain itu, beliau turut menggalakkan program sekolah kembar melibatkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama dan sekolah swasta dalam mengeratkan persefaham antara pelbagai bangsa di negara ini.

Maszlee berkata program pertukaran mengenai aspek budaya dan pendidikan itu dapat membuka minda murid untuk memahami dan menghargai keunikan kaum-kaum di Malaysia.

“Saya percaya program yang melibatkan main bola bersama, makan bersama, pertukaran guru dan murid akan membuka horizon dan meruntuhkan tembok prejudis sekali gus membina jambatan perpaduan antara rakyat.

“Usaha ini dah bermula di beberapa sekolah swasta tetapi di peringkat kebangsaan belum bermula. Saya tidak mahu paksa, jadi saya menyeru sekolah bangkit adakan program bersama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata guru-guru bakal menerima berita gembira pada awal tahun depan berhubung beban kerja guru yang ditanggung selama ini.

Maszlee berkata pegawai dan penyelidik kementerian sedang merangka pelan strategik berhubung perkara itu yang dijangka selesai pada Disember ini.

“Saya mengimpikan supaya kita mengembalikan zaman kegemilangan guru. Apabila ada guru yang menjadi ‘Hero Teacher’ kerana mereka cintakan kerjaya mereka, mereka menyayangi kita seperti anak mereka sendiri dan apabila mereka mengajar kita, mereka benar-benar mahukan kita belajar. Mereka benar-benar mahukan kita berjaya.

“Saya fikir perkara berkenaan telah mula hilang daripada guru-guru kita sekarang kerana guru-guru terlalu dibebani oleh kerja kurikulum. Saya perlu ubah ini. Kita akan kembali kepada zaman kegemilangan guru-guru dan ini akan berlaku tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikSJKCSJKT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

10/06/2023
0

Shah Alam : Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta, bagi tujuan membiayai kerja-kerja membaikpulih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd