• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Ditetak, Kereta Dilarikan 2 Suspek

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Seorang pemuda berdepan detik-detik mencemaskan apabila mendakwa diserang dua lelaki lain berhampiran kawasan letak kereta di Jalan Semarak Api, di sini, kira-kira pukul 8.35 pagi tadi.

Lebih malang, kereta jenis Perodua Axia miliknya turut dilarikan suspek hingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian akibat kehilangan wang tunai berjumlah lebih RM200, sebuah telefon pintar, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta beberapa dokumen pengenalan diri lain yang ditinggalkan dalam kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, ketika kejadian, salah seorang daripada suspek itu turut membawa bersama sebilah parang yang digunakan untuk menetak mangsa.

Akibat kejadian itu juga katanya, mangsa yang berusia 23 tahun itu mengalami luka-luka di bahagian tangan kiri serta muka dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan tertidur dalam keretanya sebelum dihampiri suspek yang terus membuka pintu kereta mangsa yang tidak berkunci dan menumbuknya.

“Suspek kemudian membawa mangsa bersama keretanya menuju ke arah kawasan tanah perkuburan Cina di Paya Terubong dan berlaku satu pergelutan antara mereka bertiga di situ.

“Mangsa berjaya mengecam kedua-dua suspek, namun, tidak mengenalinya selain mendakwa tidak mempunyai sebarang musuh,” katanya di sini yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan dan bersenjata. – UTUSAN ONLINE

Tags: ditetakkereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang

Dua Ditemui Mati Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

27/02/2024
0

KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd