• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin UMNO Tunggu Giliran Untuk Didakwa?

oleh Ahmad Albab
19/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO berkemungkinan perlu menunggu nombor giliran untuk didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin dengan nada angkuh membayangkan perkara itu dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Menurut beliau, setakat ini Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah didakwa.

“Media lapor tadi Presiden parti hilang kuasa dikatakan akan berhadapan 45 pertuduhan. Dikhabarkan beliau diwakili peguam bela Hisham Teh Poh Teik. Peguam itu kawan lama saya. Saya ucapkan ‘good luck’.

“Setakat ini yang sudah didakwa mantan Presiden parti hilang kuasa dan isteri, peguam bela dia dan orang kuat dia.. MP Baling (Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim).

“Ramai juga tanya saya selepas ini siapa YB? Maaf. Manalah saya tahu. Jika ramai, kena tunggu nombor giliran kot,” katanya menerusi laman Facebook ‘Peguam Pas – Dulu’.

Mohamed Hanipa yang juga pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) pernah rebah di hadapan umum dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, Julai lalu.

Beliau juga pernah menimbulkan kontroversi di Dewan Rakyat tahun lalu apabila dengan biadab mengeluarkan kata-kata “kalau saya Tuhan”.

Mohamed Hanipa pernah menjalani pembedahan neurologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada April 2016 selepas mengalami pendarahan otak. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Mohamed Hanipa MaidinPemimpin UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin UMNO Mula Tawarkan Diri Bertanding

Pemimpin UMNO Mula Tawarkan Diri Bertanding

10/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin UMNO mula menawarkan diri bertanding pada pemilihan parti itu, menjelang hari pendaftaran pencalonan untuk pertandingan peringkat...

Pemimpin Dipecat Boleh Sertai BERSATU

Pemimpin Dipecat Boleh Sertai BERSATU

28/01/2023
0

KUALA TERENGGANU : Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu. Ikuti Mynewshub: Telegram Ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd